setuju atau tidak.
Aku cuba kongsikan sedikit situasi dahulu masa ku kecil dengan sekarang ketika aku sudah besaq.
Ini juga aku ambil dari status yang telah ku update dalam fb .
Situasinya begini...
Dulu aku di kampung nun di kedah sana..
Sekolah ku cuti hari jumaat. Aku tidak ada masalah ke masjid utk sembahyang jumaat naik moto honda C70 membonceng di blkng ayah..
Tapi La ni bila ku sudah besaq.
kesibukan dgn kerja dan berada di bandar. anak2 ku pun dah mula bersekolah..
Bertapa sedihnya aku x mampu ulangi situasi itu kepada mereka utk solat jumaat.
Ibu dan bapa kerja...
ank naik van sekolah.
Jam 1.10ptg dah di atas van utk ke sekolah.. x kan setiap jumaat ku perlu cuti..
Bagaimana generasi akan datang utk negara kita bg Negeri2 dan Bidang kerja (dibwah Persekutuan) yg tidak bercuti Hari Jumaat.?
kata Tun Abdullah.."Modal Insan".
Yang ku faham Modal Insan perlu diasuh dari waktu kecil(sewaktu rebong) bkn dah jadi buluh baru nk bg lentur.. hmmm.. sedih.
Kadang-Kadang kita lupa atau tidak mahu ambil tahun atau memang tak tahu atau betul-betul minda tertutup langsung
Sibuk dengan tugasan. Hal ini berlaku pada situasi ku sekarang ni. terhimpit dengan waktu dan jarak utk mencari rezeki pendek kata kerja lah. Anak-anak semakin besar. Sudah jangkau ketingian 1.2M tu. Sudah pakai seluar biru ke sekolah. pagi sekolah agama dan petang Sekolah Kebangsaan..
Setiap kali masuk Jumaat aku mula lah rasa kat hati ni, "Ahmad tak Jumaat lagi la minggu ni.." Benda sama akan berlaku setiap jumaat. Kalau lah semua negeri di Negara ni amalkan cuti pada hari jumaat.. alangkah mulianya negara ini. Insan yang mentadbir negara pasti akan dipandang hebat dan disanjung..
Masyarakat dapat bergerak ke Masjid dengan segar dan pakaian yang khas untuk Sembahyang Jumaat.. bukan pakai seluar yg hari isnin punya. Tak pun pakaian yg minggu lepas punya.. sebab kerja pakaian itulah yang digunakan. Jarang orang bawa pakaian lebih untuk ketempat kerja pada hari jumaat.
Sedar ka tak.? banyak orang akan dapat manfaat kalau satu negara cutinya hari jumaat.. ish..ish..
Dulu aku tak tau.. tp bila umur mula meningkat dengan anak2 dah besar baru mula ku tau.. Insyaallah yang anak-anak dah lama besar lagi lah tau..
Harap-harap ada lah sesuatu makbul Tuhan untuk kita semua diberi rahmat. Amiinn..