PADA KALI INI ADA IDEA MENCURAH...
OOOHHH..
Date siap: 24Dis2019
SINOPSIS: KISAH BangRomlee Ke kedai Welding untuk Repair Gril Rumah. Tiada persiapan.hmmmm... belajar dari kesilapan.
Tajuk: PERSIAPAN-PREPARATION.
Terkadang kita lupa. Terkadang kita rasa sudah lengkap.
Berlaku pada Situasi BangRomlee.. seingat BangRomlee, semua dah ku lakukan.. rupanya ada saja hal-hal sampingan berlaku.. pasti berlaku, mungkin berlaku..
Suatu pagi, BangRomlee siap hendak keluar untuk selesaikan urusan tertangguh.. Almaklumlah situasi bercuti rehat untuk hujung tahun.. Masa ini lah Beliau perlu kejarkan perkara luar waktu kerja yang kiranya perlu dan penting. Sebab di dalam Prinsip Ekonomi Asas pun ada perihal Keperluan dan Kehendak. So, beliau merasakan perlu selesaikan Keperluan dahulu sebelum kehendak.. dengan menggunakan sepenuhnya waktu cuti pada hari itu BangRomlee bersama Si Isteri beliau yang juga kebetulan mengambil satu hari Cuti pada hari itu, bergerak dengan kecepatan Honda ex-5 Pusaka tinggalan 'mulloh' kakak ipar..π’ "Insyaallah motor ni akan Ku jaga demi merindui pemergian beliau." -Kenang BangRomlee seketika.
Ex-5 ni merupakan kenderaan tunggangan utama BangRomlee ketika ini berulang alik Kerja laju nguh.. sehinggakan pada suatu ketika pacuan 4x4 pernah ditinggalkan oleh honda ex-5 kaler itam ni.. ketika itu 4x4 dengan laju memotong, dengan rasa geram terus Beliau mengejar dgn gear 4 tanpa menukar dan berjaya memotong kembali pada kelajuan maksimum, 4x4 di garisan kuning berjaya BangRomlee tinggalkan.. huh..! Bukan Kaleng-kaleng..
"Mana kedai kita nak pi ni.?"
"Mana tau, abang yang bincang dengan kawan hari tu?".
"Mana ada.. kawan tu buat kerja on lepas waktu kerja atau hari minggu saja.."
"Loooorr.. habis tu..?"
"Kita gerak lah kot-kot belah Pinggiran atau Laksamana ada Kedai welding..".
Preparation, perlu kita adakan dalam memastikan kelancaran situasi seperti ini.. huh.. Hal pertama.
Terus jmpa Kedai Welding.
"Bang."
Sempat BangRomlee dongak kejap atas muka pintu bengkel besi, "(alamak ada kalimah Bismillah, kedai muslim dia ni..)". BangRomlee terkesima sat, sebab apa.. sebab.. Bengkel tu betul-betul penjuru selekoh yg sebelah dia ada tunggul pokok lama yg diletak bata blok simen dan ada tokong Hindu.!π€¦π¨. Jadi kesima tu sepatutnya berlakulah pada BangRomlee dengan fahaman Feqah yang x seberapa ni.. huh..?!. Kebetulan pula tuan bengkel tu gelap macam indi mix Bang**. Kau rasa bagaimana.?
Paras rupa Indi mixs. Janggut sejemput, bengkel betul2 dekat tokong hindu. Kawasan itu majoriti perumahan India sebelahnya bengkel moto india.?
Hmm.. ikut angpa lah. 'Dont judge the book by Each cover.'
Alang-alang dah Panggil 'Bang' tadi.. terus BangRomlee masuk salam.."Allah"(Gaya salam Orang melayu jumpa bakal abang Ipar). ayat soalan..
"Kalau repair 'Gril' rumah brpa bang.? "
"Ya, Rumah kat mana, ?".
"Ni, belakang ni. Kondo yg hujung sekali tu. Blok kaler Kelabu. Raintree".
"Ooo.. sy tau, saya tau.. klau tukar roller atas tu rm120. Tp klau guna roller balut silika mahal ckit ni kena tambah Rm30."
"Baiklah.. buleh-buleh, hari ni buleh buat ka.?".
"Hmm... Boley lah. Dlm setengah jam saya sampai. Saya pernah buat situ dulu..".
"Ok-ok, kami tunggu sana terus lah. Ambil yang roller balut silika tu ya."
"Baik-Baik."
Sampai Kawasan rumah..
"Bos..". Sapa Guard kontrak Nepal.
Baguih depa ni. Jujur kerja. Ingat lagi sebab dulu sembang dan tegur depa ni. Kalau ada makanan lebih budaya kita punya makanan BangRomlee tu selalu juga singgah ke pejabat depa.. pernah dulu BangRomlee bagi Lemang buluh sebatang sebab Rakan BangRomlee kasi lebih jamuan Hari Raya(tak ingat dah bilaπ€ͺ).
"Terima kasih Bos, But How to eat?".
"Ooohh.. simple ja. You just cut on the top.. belah-belah cam ni(Depa igt BangRomlee terrer speaking, rupanya hampeh.. gaya macam Clas Tinggi... Heee..).
"Bos mau masuk, register saya.."
Kejap ja dia buka palang. Sebab kalau pernah masuk kawasan Perumahan tu, Sistem dah ada simpanan data. Mudah ja lah.
"Terima kasih guard".
"Syama-syama Boss".
Man nama dia.. BangRomlee masih ingat nama dia. Yang Ketua shift siang kalau seingat BangRomlee nama dia Karna tapi panggilan Karan.π€
BangRomlee pun parking moto..
Sampai terus naik ke Lobi tempat selalu dia akan luangkan masa bersama Rakan2 kejiranan mereka suatu ketika semasa BangRomlee dan keluarga tinggal disitu.. saling tak tumpah macam kisah Sitkom Tv3 zaman 90an dulu.. 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu'. Ada kedai Runcit, ada kedai Dobi Along dan yang paling Killer sekali Cafe tu. Mamang situ tempat Berkumpul BangRomlee dan rakan2.. setiap hari mereka akan dihadirkan dengan pelbagai kisah, masalah dan hal serta perlukan penyelesaian dari mereka yang ada..
Oohh.. sungguh BangRomlee rindukan rakan2 jiran beliau.. mesra sungguh mereka kerana setiap dari mereka ada kisah tersendiri dari pelbagai lapisan dan latarbelakang. Mereka dihimpunkan dengan takdir Tuhan dipertemukan dalam satu bumbung dan hidup berjiran. Itulah Taman Raintree..π₯° Insyaallah suatu hari nanti mungkinkah BangRomlee kembali ke situ untuk tinggal..π€
Naik tangga terus jumpa Syauqie.!! Antara jiran yang best. Sebab rakan jiran mereka yang rapat seinggat BangRomlee boleh tubuh 3team bola rasanya..
"Romlee...!".
"Hee.."
"Lama tak jumpa kau.".
"Syauqie Anak jati KL."
Dah biasa kehidupan Bandar. Sembang panjang.. datang Yadi, JL renang.
"Weh.. ang lama x jmpa. Ada training budak ka ari ni.?".
"Cuti sekolah ramai budak x dak".
"Aku ajaq adik Farid ni. 2-3sesi, sebab dia mai sini bercuti..,"
"Oo.... ".
Dekat satu jam juga tunggu..
Hmm..
"Ting tong ting tong..(muzik intro lagu Lagi Syantik nyanyian Siti Badriah).
"Hello.. ha.. kat lift..?, Ok."
Dah sampai.
Bergegas Ke lift.. tekap kad Lift di pengesan Akses Kad.
Tak bunyi apa-apa.. hmm..
"Rosak ka ni, dah lama tak guna kot...?".
Hmm...
Terus jadi jiwa kacau. Bukan apa.. dekat Satu Jam lebih BangRomlee bersembang dengan Syauqie, tidak pula terfikir perkara ni.. BangRomlee sebenarnya tidak cerewet atau teliti sangat dalam setiap perkara. Ada ketika memang beliau merupakan perancang yang berwibawa.. dan ada ketika beliau merupakan manusia yang paling teruk dalam perancangan.. sehinggakan perkara yang mudah pun beliau tidak dapat selesaikan dan memerlukan bantuan Si Isteri..
Memang ketika itu. BangRomlee jadi tersentap kerana tukang repair sudah tercegat di depan tetapi tidak boleh naik ke tingkat Rumah mereka sebab tiada akses Kad. Suatu Perbuatan Sia-sia dan tiada Persiapan-preparation.
("Awak yang panggil orang tetapi orang tidak dpat buat kerja. Masa tadi yang awak habiskan adalah sesuatu yang merugikan")
(bebelan Beliau dalam Hati kepada Si Isterinya). Sekiranya ketika itu BangRomlee dalam dunia yang DiKawal sendiri melalui kehendak Nafsu serakah, mungkin BangRomlee Bertukar menjadi Raksasa Ganas yang akan membaham mangsa dengan sekali telan.. huuaarggh..!
Suatu hal pulalah Si Isteri perlu ke kaunter pengurusan untuk aktifkan Kad.(dalam hati BangRomlee.) ("Biar dia, padan muka.. tadi tak prepair awal-awal..")
Selang Berapa minit.. datang semula dengan semangat.. fuh. Hidup juga akhirnya kad.. Dengan Bangga BangRomlee masuk Dalam Lift.. letak sekali lagi..
X bunyi..π€¦ aduh.. lagi sekali.
BangRomlee dengan Gaya orang Tahan Ayaq Besaq yang kat hujung Punggung sambil muka nak reyau seperti orang Tengah makan nasi Geprek tengah Lapar tergigit Lidah..! Ha.. macam tu lah..
Tahan Berak campor makan gigut Lidah.!
Nk marah ada nak reyau ada.. nak luku orang ada..
Sempat Ketika itu BangRomlee di penjuru lift kotak jeling Abang Welding. (Geleng kepala dia). Muka dia beriman dengan janggut jemput. Gaya lemah lembut. Orang sabar ni.. Tunggu lagi lah..
Agak lama... Ketika itu BangRomlee gerak jauh dari Lift tersebut ke kawasan menunggu sebelah dinding bertangga. Jauh membawa diri yang Muka perasaan berkecamuk gundah.mungkin hendak tokak orang kiranya BangRomlee ini.. Tp itu lah.. Kehidupan. Terpikir BangRomlee suatu ketika dulu pernah diungkapkan oleh bakal Isteri beliau
Yang jodoh Suami-Isteri salah satu ialah saling melengkapi antara satu sama lain, ada kurang pasangan dipertemukan mempunyai pro-kontra nya tersendiri..
Ooo.. inikah namanya asam garam rumah tangga.. hmmm.. Alhamdulillah mereka kekal bahagia bersama...
"Awak..! Lift dah boleh naik atas.".
"Tak pa lah. Naik lah..".
"Saya tunggu bawah."
(BangRomlee masih kepam mulut. Uiihh.. marah benar BangRomlee.. )
Selang 1jam kiranya.. "Jom dah siap..."
Lega BangRomlee.. Rupanya tidak lengkap lagi persiapan beliau..BangRomlee sebenarnya malu dgn Abang Welder tu..
Salah BangRomlee juga kerana tidak membuat persediaan betul2..
Hari itu BangRomlee belajar lagi dan rekodkan peristiwa itu sebagai suatu catatan dalam kamus hidup untuk tatapan umum. Mungkin berguna sebagai panduan supaya 'Persiapan-preparation' perlu dalam sesuatu tindakan yang bakal dilakukan..
#persiapan
p/s-Juga tiada paksaan untuk kau baca.