Translate

Monday, September 28, 2020

BACALAH ANAK-ANAKKU..

Bacalah anak2 ku... 

Dah masuk banyak bulan mereka berpindah ke kawasan baru..
Tinggalkan kawasan kediaman lama yang padat, utk meneruskan situasi agak santai ala2 susana desa di tempat baru.. kiranya BangRomlee boleh sesuaikan diri dengan kawsan bru mereka itu.. dengan Keadaan jiran2 yang baik yang rata2 anak2 tempatan dan ada antara mereka merupakan generasi kedua. Pelbagai bidang kerja mereka.. ada yang Nurse, dan x lupa yng kerja pejbat.. dan ada yang bhgian cabang kerajaan yang lain. 

Sejak mula pindah, BangRomlee sudah pernah bertanya seorang rakan beliau yang sudah menetap lebih awal di situ x jauh dari rumah BangRomlee sekarang.. jawapan agak mencuit hati..
"Cam na aku nk bagi tau.. aku pun anak kecik lagi, mana tau ngji lagi.."
"Loorr.."

Sudah bnyak kali di Ulang-pesan kepada isterinya. 

Pernah sekali itu BangRomlee mengatakan kepada isterinya supaya berjumpa dgn isteri jiran mereka utk bertanyakan soal kelas Iqra' anak2 mereka.. 

Sejak mereka berpindah disitu hnya sekejap sahaja anak2 mereka belajar iqra dan Quran dengan Seorang Ustazah di sekolah agama di kawasan Kediaman mereka.. tapi atas sebab yang tidak dpt dielakkan  maka, kelas kelas itu tidak dapat diteruskn... Kesian kepada ank2 mereka. Kurang satu Makanan iman. 

Hari demi hari mereka bakal membesar dan meningkat usia. Asakkan dari pelbagai pihak sangat kuat. Pengaruh media pengaruh rakan2 pengaruh persekitaran.. uh sangat hebat bagi mereka zaman sekarang .. Oh... Jati diri mereka perlu kuat.. olahan acuan perlu diteruskn dalam usaha peringkat rebung selayaknya sekarang sudah diteruskan.. Dengan Kekuatan beliau seorang kiranya BangRomlee tidak kuat untuk membuat lenturan buluh itu.. Dia perlukan rakan utk menarik dan kekalkan bentuk buluh itu... 

Amanat mudah BangRomlee kepada isterinya. 
"Awak pi lah tanya bini jiran kita tu.. minta suruh dia ajar hero2 tu bagi pandai lagi Iqra ngan Quran tu."

"Ish... Awak pi lah."
"Dah. Kita dah tanya laki dia dah, laki dia kata bini dia tu elok tya sendiri kat bini dia. Yang ngajar tu bini dia."

Senyap...
Terkadang, sikap malu ni pun perlu dielakkan supaya perkara negatif tidak melekat dalam diri kita.. 

Masih ingat masa kecil di kampung dulu BangRomlee pernah ngaji dengan Arwah Ibu, oh sangat beliau rindui saat itu. Sewaktu di asrama saat setiap manusia tidak inginkan khabaran sedih kepergian Ibu tersayang sampai ketelinga ketika itu.. (Allahu maghfirlaha Warhamha..).(mungkin babak yang lain boleh diketengahkan situasi ini..hmm..).

Tiap hari BangRomlee memikirkan perihal Hero2nya.. 

"Buat apa abah?"
"Ni abah nk buat rak dalam rumah tu."
"Buat apa rak tu."
"Ya lah, barang sepah sangat dah. Tak tau abah nk letak mana dah. Kalau kita buat rak nnt kurang sikit sepah dalam bilik tu."
"Ooo...."

Begitulah kalau free BangRomlee akan ke belakang rumah mereka utk ketuk2 potong2 papan kayu yang ada buat apa yang dirasakan sesuai. Kadang2 beliau beli saja papan dan besi 'racking' dekat kedai Hrdware Alvis sebelah jmbatn dekat kawasan perumahan mereka tu..  Alvis tu sampai save nombor telefon BangRomlee. Dah macam kontraktor perabot gayanya. Keh keh.. 

Yalah, mau tidaknya. Masa tidak sibuk dulu Beliau pernah ambil barang dengan jumlah yang byk dri jumlah kegunaan personal macam D.i.y kerana masa tu BangRomlee ada buat kerja sambilan kerusi meja. Sempat siap sikit shj kerusi meja utk kdai makan kedai Abang Zua, kerja pun terpaksa dihentikan gara2 khemah Kerja BangRomlee roboh akibat hujan Ribut.. huuu... Byk gak peralatan masuk air. 

"Nanti tanya bini dia tu.! Saya x mau nnt kalau mati anak2 x leh ngaji. Jidikan iktibar kita ni.. Saya ni dah lah x pandai ajaq ngji.. setakat baca diri pelan2 ja." 
"Ingat amanat ni.." senyap lagi.. 

Setakat sekarang Along lah yang jadi panduan kepada adik2nya di pantau dekat oleh BangRomlee.

Insyallah.. mungkin ada jalannya..

P/s- Usaha &Ikhtiar jgn pernah putus asa. 
Cerita diari Abah buat tatapan. 
-Ceritaku, kau suka kau baca.🤪

Siap 27Sep20
#jgnmengalah