Masihkah kau ingat tika bermula, dewan Badminton.
Membawa ke destinasi pekerjaan..
Mengubah haluan ke destinasi ketenteraan..
Dulu.. ditunggui..
Dulu.. dikejari..
Dulu.. dinanti-nanti..
kerana kesetiaan..
Kerana kepercayaan..
Kerana hati budi..
Tika itu, ku balas..
Beri bahagia
Berkongsi hidup serata,
Membentuk destinasi cipta,
Kini,
Tidak ku perlu duit ringgit..
Kerna ku sedang diulit sakit.
Kini, ku perlu setia taat..
Kerna ku sudah tidak lagi sihat..
Kini, ku perlu dampingan..
Kerna ku sudah mulai hitung hari bilangan..
Nanti, jagalah mereka..
Nanti, jangan lukai semua,
Nanti, sulong ketuai keluarga,
Nanti, sulong jagalah puteri yang seorang,
Nanti, jagalah Si bongsu..
Dan nanti, Bantu lah saudara sesama wahai Si Angah dan Alang.!
Pada malam-malam kamu, jangan kau lelap tanpa Menghabiskan Al-Mulk.
Seminggu sekali khamis-jumaat habiskan dengan Al-Kahfi 1-10 dan 100-110.
Insyaallah.. izinkan ku ke Destinasi Abadi.