Pengalaman dan perkongsian yang mengejutkan untuk tatapan semua. Bagi yang tidak tahu situasi akan anggap 'Dia' agak keterlaluan dengan coretan ini.
Selepas situasi ini.. Terus terfikir, Beginikah Nyawa kita akan ditarik.. kita semua akan melalui saat situasinya..
Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullahal'azim..
Pada suatu masa 'Dia' pernah mengalami suatu penyakit yang di diagnose sebagai 🫁 Paru-Paru Berparut sangat sukar saat itu..
Alhamdulillah.. Allah beri sedikit rasa 1% mungkin, sebagai perkongsian kepada Kenalan Muka Buku. Allahurabbi...
Sakit penghapus dosa.. Insyaallah.
Suatu hari.. Ketika itu, rutin harian berjalan seperti biasa. Seharian belum bersihkan diri. Semua dilakukan dengan berhati-hati untuk elakkan kepenatan melampau. 'Dia' mencapai tuala berjalan perlahan untuk kurangkan setiap 'movement' tubuh, kerana setiap pergerakan tubuh menyebabkan pernafasan dan degupan laju untuk pam udara dan darah. Oksigen diperlukan oleh otak akan tetapi Paru² tidak dapat penuhi udara yang cukup, menyebabkan Jantung lagi laju meminta oksigen untuk dibawa.. Degupan menjadi pantas tanpa oksigen. 'Over demand'. Lemas..!
Makanya 'Dia'.. , cuba habiskan situasi bersih diri secara rutin kerana kekuatan masih ada akan tetapi O² sudah tiada, menurun ketika itu, SPO² = 37 'below'. Suatu tindakan yang salah...
Mengigil, takut yang mendalam. Nafas ditarik paling dalam..! Berulang kali..! Kelemasan tidak cukup bahan utama pernafasan iaitu O²(Oksigen) ibarat kau tekup plastik merah makanan di kepala, ibarat terjatuh dalam kolam 4meter yang kau tak tahu berenang mencakar untuk sampai ke birai atas kolam, Ibarat kau bangun dari kerusi tanpa pamanasan badan dan terus lari 100m laju saat tiba penamat hidung dibiarkan sebelah dan mulut ditutup, kau cuba bernafas dengan air peluh memenuhi lubang hidung yang kau tidak boleh keringkan.. terus baring di katil 'bed metal folding' 'single' .. Allahurabbi..
Percayalah.. ini bukan gurauan, tetapi untuk menarik perhatian kau kawan untuk sama² kita kembali membuat persediaan alam sebelah sana..
Semua tubuh akan terasa..
Seluruh jari tangan dan kaki terasa ngilu macam nak cabut keluar darah ikut situ. 'Dia' yg rasa .
Di bahagian lain, akan rasa seperti kau tahan kencing dari jam 8pagi ke jam 1tgh hari lalu dibuang, tetapi masih ada lagi najis kecil-besar yang dipaksa untuk keluar dubur-qubul serentak seperti direntap dengan Ngilu jari bersama degupan jantung laju, penat sesak nafas semua serentak. Allahuakbar.!
Badan Gigil menggeletar.. bagi yang menghayatinya dengan perasaan. Allahurabbi..
Setiap saat kau penat, seperti Hiking untuk kejar rakan yang fit di depan tapi x dapat. Seperti mengayuh Bukit Sri Gombak, Bukit Duta pertama kali berbasikal 'one shoot' ke puncak.!
Allah beri sedikit jentikan itu kepada 'Dia' untuk merasai besarnya kuasa Allah untuk dikongsikan kepada kenalan. Tidak siapapun akan boleh tolong waktu itu, cuma kasih sayang Allah sahaja yang dapat ringankan.
Dalam 5 -7minit begitu, Allah S.W.T dengan sifat Maha Pengasih-Nya memberi semula peluang untuk bertaubat dan konsi..!
Di sini, 'Dia' sangat terkesan dari situasi itu untuk kongsi peringatan kepada semua kenalan nya. Ingatlah kawan, tinggalkan lah perkara yang melalaikan..
Bertapa besarnya Surah Al-Mulk 30 ayat. Kurang 10minit. Lagi laju kalau ikut dengar-baca dari Quran digital. Insyaallah.
Saat kena tarik nyawa sungguh ngeri. Lepas ditarik, terus berpindah ke alam sebalik sana. Percaya lah, ramai Ustaz suruh amalkan surah Al-Mulk untuk jaga kita di alam sebalik sana. Insyaallah, 'Dia' boleh untuk cuba kekalkan Al-Mulk mulai dari sekarang. Di sini, Ust Izat dan kejiranan dah lama buat amalan Al-Mulk lepas Isya' di Surau tu.
Peringatan bukan untuk 'Dia' sahaja.. untuk Kita semua.. Insyaallah.. buatlah kawan. 🤲🏼💕
Insyaallah 'Dia' akan langsaikan hutang. Dan mohon DM jika ada lagi.
Doakan Allah permudahkan segala urusan jika perlu ke 'next step'.
Elakkan bertemu 'Dia' untuk kurangkan risiko jangkitan kuman kepadanya..
Cuma perlukan komen "🤲🏼 Amiinn.." dari kalian. Jom kita buat baik.💕
No comments:
Post a Comment