Translate

Friday, November 13, 2020

Anak-anak Abah

Anak2 Abah.

Pagi itu.. 
Kiranya betul lah hari ini pagi sabtu.. Allahuakbar Allahuakbar.. (berkumandang azan dari hp Ummi). Selalu ummi dah 'on' notification dari aplikasi solat dari Playstore dalam handphone oppoA-9-2020 yg dibeli secara ansuran.. biasa lah Abah pun beli juga hp tu. Nk sedondon lah katakan. Pakai upgred talian sekali pakej hp. Punggah.. tanggunglah selama 2tahun.

Teringat lepas latihan smlm. "Abah, esok kejut Along subuh awal ya, Along nk pi taman kayuh basikal." "Okey". 
"Faiq pun sama abah, Nk jogging dgn Mikail". "Okey". 

Selesai subuh. Lewat lah pagi ni.. hmm.. 6.30 baru bangun itu pun lepas brpa kali jam bunyi lepas notification Azan td. Ishh.. Astaghfirullah.. smlm habis latihan diaorg pun dah jam12mlm. 

"Suruh Ahmad Minum air Milo dulu". Pesan abah nada sembang dalam bilik kepada Ummi supaya 'both of' hero tu ambil sarapan dulu sebelum keluar rumah nk berbasikal di taman tasik blkng perumahan tu kununya..hmm.. 
"Ahmad...! Minum dulu". 
"Ya.. "

Begitulah abah, ambil berat dari jauh tanpa menunjukkan secara berdepan.. mungkin itu sikap seorang abah yg memimpin keluarga dari perspektif diri sndiri. 

Sikap ibu, pantau jarak dekat. Si abah secara Menyeluruh. 

Niat abah utk berjogging dengan Baju sauna baru beli dari Lazada. Tp pagi tu cam x jadi pula..ish ish.. 

"Faiq.. x jogging ka pagi ni..?".
"X jadi, Mikail x dak kat rumah.."
Hai anak .. 
"Xpa lah. Faiq buat keja sekolah ja lah kat rumah. " Berat dia sbb x dak kawan nk jogging. Hmmm.. 

Abah kluar juga dari rumah. Start moto. Terus ke warung kak umi tepi pagar. 
"Nescefe ais minum kak umi." 
"Mana BangRomlee pagi ni.?"
"Saja kak, tgk mana hero sorg tu pi kayuh, baru mula kayuh keluar ngan kawan2. Tgk dari jauh.. ni. "

Abah selalu cam tu. Sebelum kluar td... 
"Ahmad. Ambil beg abah jap."
"Ni abah."

Belek2.. ish x cukup lah, ummi amik seringgit dua bg bekal hero tu.. "Nah amik 3ringgit ni". Dalam hati abah ada rasa yg dia mungkin perlu juga kat depan tu nnt. Kalau kawan2 membeli minum ka nasi lemak ka, dia pun mungkin teringin kot. Itu lah abah.. 
Bisik2 ke Ummi.. buat itu buat ini, abah hilang.! Kat luar apa abah buat..? Hmmm... Keselamatan, keselesaan keluarga, keharmonian dan ketenangan perlu seiring.. kekemasan rumah boleh diserahkan ke Penghuni lain lah. (Kena kat dia) ya lah ini hasil tulisan  dia.. cerita dia. Kalau nak cerita yg sedap kau buatlah ayat ikut alur cerita kau.. kehkeh.. 

Selang berapa ketika, muncul anak abah sorang ni dengan basikal dia. "Mana yang lain.?" 
"Tu kat balakang."
"Nak minum, makan tak?"
Geleng kepala tanda x perlukan lagi makan waktu skrng. Mungkin dia x rasa lapar lagi tu. Mungkin juga masih dalam 'mood' kayuh. Tengok belakang Adip dah sampai. Terus 'depa' sambung kayuh hala ke pintu masuk kwsn perumahan mereka. Dalam hati kecil abah, lega dah Ahmad dah selamat tiba dekat pagar rumah tu.. Itu lah Abah. 

Semua anak2 dilayan sama rata tidak berbeza walau sedikit pun.. setiap mereka ada watak sendiri. Satu, dua dan tiga Ahmad. Nama depan sama. Layanan kepada mereka akan sedikit berbeza sbb watak berbeza. Sulong tidak ada kebergantung dan perlu sokongan induk utk jadi pembimbing kepada bawahnya nnt.. 

Itu lah anak2 abah.. 

p/s- jgn ganggu emosi kamu.
- hari ni ada masa ckit menulis.huu.. 

19Sep20.(Untuk anak2 abah).

Ahmad Ke-Tiga

Si Ahmad ke-3. 

Jam 12.30 tgh hri. Lewat lagi ambil sekolah.. ish maaf lah..
"Abah2, Cikgu suruh Ahmad masuk pidato.".. 

"Hah..! Apa kelebihan awak ni.?"
"Napa cikgu pilih Ahmad pidato?."

"Tak tau lah abah."
Kat rumah. 
Whasaap masuk.. 
("Salam puan, anak puan saya nak masukkan dalam senarai peserta pidato wakil tadik kita ni nnt.")

"Abang, cikgu whassap ni.".
"Nah..."
(Dalam hati, geli ngat). (Boleh ka anakku ni..) hee.. 
Ikut lah ummi oiii.. ekekekek..

Dah seminggu latihan utk masuk pertandingan Pidato peringkat KEMAS. Dekat sekolah mmg nmpk ckit menonjol dgn gaya bahasa lentok bercakap dengan Cikgu Fatin tu.. ada budi bahasa di situ. ya kah?  Hmmm... 

Hari ni dah masuk hari ke berapa kah.. Nmpak ada perubahan lah Si Ahmad sorg lagi ni.. ada kelancaran dalm membaca. 

Biasa lah anak oi. Abah dia Dulu masa umoq 6tahun tadika pun x pi. Ekekekek.. membaca jauh sekali lah. Tadika ada buka kat kampung tp x dak org nk hantaq. Arwah mak Abah menoreh getah. Masa tu harga getah 'Ketul' atau orang kampung panggil 'getah Sekerap' baru 5kupang sekilo. Alaa.. tu yg kaler putih tu.. bau dia syahdu ooo.. "Keng...!!!". Sbb tu otak geliga sbb bau dia melekat.ekekekekek.. 

"Hari ni hafal tak pidato?". 
"Belum lagi..". 

"Ish.. nk kena rotan ni.., hafal lagi, Nk masuk pidato kena byk hafal.." gaya Abah marah macam abah hebat sgt berpidato.kui.kui.. 
Eh, bukan biasa2 cek oi.. dulu Beliau pernah masuk kelas Pidato lah dgn tenaga pengajar dari Akademi Nusantara. Satu semester lah bkn seminar sehari dua.. siap belajar gaya bahasa lagi you.. 
Teknik lontaran bahasa, teknik alunan Nada. Wave suara. 

"Kalau tidak kerana bulan, 
Masakan bintang terbit tinggi, 
Kalau tidak kerana saudara saudari sekalian, 
Tidak saya hadir di sini.." 

"Assalamualaikum pembuka bicara..  "

Haaa... Itu muqadimahnya.. yang sama batch ngan Abah tahu lah gaya dia cam na.. 

Ahmad ke3 ni x tau lah cam na.. seusia 6tahun ada level dia sendiri.. tidak lah Abah harapkan cemerlang seperti Eizzat Al Haieyy(6tahun) semasa 2016  lalu. Beliau adalah Kanak2 johan dalam pidato peringkat kebangsan pada tahun itu. 
Pada Si Abah.. 6tahun sudah cukup hebat dengan pencapaian dalam kelancaran membaca.! 

Ingat baru2 ni. Si Ahmad ni gelak mengekek masa baca komik 'Mat Gempak'. Menandakan dia faham apa jalan cerita komik itu. 
Konsep dalam komik ada ruang2 dan kotak2 utk beralih satu babak ke satu babak yang lain.. ada setengah babak tu beralih ke sebelah dan ada babak akan sempit kotaknya dan Kotak panjang.. dan ada juga terus pindah babak ke kotak bawah.. haaa.. kau faham kah apa yg cuba disampaikan ni.. 
Kalau faham bermakna kau pernah baca komik. Kalau x faham tanyalah Ahmad yang ketiga ni.. huuu.. 

"Okay, cakap tengok abah nak dengar ?". 
"Cakap cam ner."

"Ala.. cam cikgu ajar tu.."
"Ok, berdiri kat sini, hadap sebelah sana, kat depan ni ramai Org tengok ni."
"Tak der pun orang.?"
"La.. ini macam ada orang lah."
"Cam ner.?"... 
"Cam ni lah. Ahmad diri kat sini, Kat depan Ahmad ni nnt ada orang lah yang tengok, cikgu ngan kawan nnt.". 

"Ooo..."
"Okey, baca pidato tu.. jap. Seterusnya, mempersilakan Adik Ahmad.. dengan pidatonya Sayangi Malaysia Ku. Dipersilkan."
"Cakap..".

"Assalamualaikum dan Salam sejahtera, yang mulia Tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang berpegang teguh pada paksi keadilan, penjaga detik yang patuh pada waktunya, guru-guru dan hadirin hadirat seterusnya rakan2 sekalian." 
"Apa ehh.. lupa lah.". 

"Nah.. lupa lagi. Cam na nk pidato ni.?".

Hari berikutnya.. 

"Abah hari ni cikgu cakap Ahmad dah ingat,. ".

"Ha cam tu la. Nanti belatih lagi."
"Ok."
Kat rumah, 
"Hari ni jangan main, kalau x boleh hafal jgn main." Tinggi suara ummi. 
Bukan apa. Cikgu bagi peluang tu bermakna cikgu mula beri kepercayaan kepada anak2 muridnya.. mungkin dia nmpk ada potensi kalau diberi peluang tu.. Carry on ja lah.. 

Cuma perlu ingat, kalau nk buat sesuatu tu.. biaq buat betul-betul. Kalau x mau buat jangan buat terus.. sepanjang seminggu dua ni brpa kali dah Ahmad ni kena rotan sbb main2. Haaa.. baru dia tau. Pernah sekali tu, sampai Abah x bagi dia baca terus kertas pidato tu.. sebab dia mengamuk letih.. Biasalah 6tahun bnyak guna emosi nk berlatih pun.. ngantuk lah, letih lah, nak main lah.. hai anak.. terus lah anak oii.. cuma nnt jgn reyau sudah atas pentas.. huuu.. boleh cakap x pa dah kalau x dak gaya pun.. 

Hari Khamis ni tau lah dia. Kaku di pentas kah.. sengeh di pentas kah. Ataupun cakap terus x berhenti.. "hentam sajalah". Kata Pendekar Mustar kepada bujang Bujang Lapok kalau sumbang langkah.. ekekekek... 

Rehat dulu nnt sambung lain.. 

(Selasa malam 22/9.)
(Seminggu selepas hari malaysia).

Pinjam Basikal

Pagi terasa sangat gundah. selepas bangun rupanya berjaga malam sampai lewat tertidur pagi Si Ayah langsung tidak sedarkan diri dan terlepas subuh. 


Begitulah rutin Dia berada di kediaman baru. Menyertai rukun tetangga taman perumahan menjadi satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh. Bergaul dan sentiasa bertegur-sapa menjadi perkara penting. Nabi kita pernah berpesan 40 hadapan, kiri dan kanan adalah jiran kamu. Maka kita berbuat baik lah paling kurang senyum lah 😊. 

Berjaga malam dalam menjaga keharmonian kwsn kejiranan mereka merupakan tanggungjawab bersama yang dipikul oleh setiap penghuni Taman Bakti Setia yang didiami BangRomlee sekeluarga. Seminggu sekali mungkin, jarak waktu yang akan ditetapkan oleh Pengerusi Taman bagi memestikan keharmonian Taman sentiasa terpelihara. 

Selasai bersih badan pagi tu BangRomlee mula masuk 'sarang'. Ya lah, semalaman mata kelip pok kelip pok sengkang akhir tewas jam 4lebih pagi. Masuk 'sarang' dengan tujuan rehat badan sbb sebelah petang nnt akan ada urusan kerja yang tertangguh di pejabat beliau. 

Petang. 

Mulakan kerja seperti rutin seorang pekerja yang makan gaji bulanan yang lain. Masih baru dalam bidang itu. Sbb memang tidak pernah lalui kerja tersebut sepanjang beliau bekerja. Satu yang baru bagi seorang yang hampir mececah lewat 30an ini..

Ada perkara yang baru bagi BangRomlee setiap hari-harinya dalam rutin kerja beliau. Tekanan hanya Dia sahaja lalui yang tidak dapat disampaikan walau berkali-kali dibincangkan dengan sahabat rapat sekali pun.. susah diterjemahkan dgn kata-kata kerna perkara yang dilalui beliau bukan lah dengan kata-kata semata, tetapi bercampur perasaan, ilmu dan pengalaman. Betullah peribahasa "Jauh Perjalanan, luas permandangan." Pengalaman adalah perkara yang dilalui oleh orang yang melaluinya. Tiada harapan BangRomlee untuk mengajak sahabatnya turut serta dalam situasi beliau itu, cuma terkadang beliau terpaksa berkongsi sesuatu yang dilalui itu agar bebanan beliau terasa sedikit ringan dengan kekuatan baru yang disuntik oleh sabahabat beliau Si Mohd sorg ini. 

Selasai waktu kerja petang itu BangRomlee pulang dengan keadaan yang bercampur perasaan gundah.. minggu ini terasa agak keberatan dan beremosi bagi BangRomlee, entah kenapa. 

Sampai di rumah BangRomlee ternampk gelak tawa anak-anak di kawasan kejiranan mereka. Sebelah petang merupakan waktu yang dinantikan bagi majoriti kanak-kanak kejiranan mereka. Sungguh riang mereka dengan aktiviti sendiri. Ada yang berbasikal,  ada yang bermain kejar-kejar, ada yang bermain 'bola jalanan', ada yang bermain timbang-timbang bola semacam orang dewasa mermain sepak raga bulat. Rata anak-anak ini 4 ke 12tahun. Sngat ramai bagi mewakili setiap rumah di kediaman mereka masing-masing. 


Terlihat anak BangRomlee yang ke-dua tercegat menunggu kawan-kawan yang sudi tumpangkan basikal mereka😒.  Tersentak satu situasi yang sangat menyentuh perasaan BangRomlee tiba-tiba. Aduh... 

BangRomlee sudah sedia maklum perihal ini. Setiap hari salah satu perkara ini sentiasa bermain difikiranya.. basikal Putera Ke-dua ini sudah rosak dah seminggu. Gara-gara 'bush' belakang sudah 'loose' dan skru juga 'loose' tercampur 'bearing' yang pecah akibat basikal anak-anak BangRomlee sering ditunggang dengan agak agresif setiap hari.

"Ish.. abah kena beli basikal yang yang betul-betul besi yang x pakai skru ni Ahmad."

"Kanapa Bah?"
"Yalah.. asyik rosak ja ni."
"Mahal ka Bah?"
"Hmm... Mahal lah. Tp abah x cukup duit lagi."

Masih tercegat Ahmad ke-Dua td tunggu kawan yang sudi nk tumpangkan basikal. 
Terus BangRomlee tongkatkan motorsikalnya. Dalam perasaan yang sedikit terkesan dengan situasi anak beliau. "Along, mai sini kejap." Memanggil si Sulong yang sudah bersama basikalnya menunggu rakan-rakan lain.. 

Terus Si Sulong datang.
"Ada apa abah?"
"Along bagi pinjam basikal kat Ahmad Ke-dua kejap?".

Berubah wajah Si Sulong..😒
"Abah x sempat lagi nk repair basikal Adik ni."
"Hmm.. boleh lah😞. 
"Along pakai basikal lipat abah yang kuning tu, na., Kesian kat Ahmad ke-dua tu. Dia nk tumpang basikal kawan dia, basikal tu tak boleh naik dua orang. Nnt 'gaji' abah repair basikal dia, tolong na.. kesian kat dia."
"Ye lah...πŸ˜”."

"Ahmad Ke-dua mai sini, pinjam basikal along dulu. Nanti pulang balik tau."
"Ok."

Alhamdulillah.. reda sekajap satu perasaan gundah yang Bangromlee bawa balik td dari tempat kerja.

Dengan berat Sulong merelakan situasi tu. Mungkin ini satu pelajaran yang kebetulan berlaku buat BangRomlee dan juga kepada sulong. 

Satu. Gembirakan anak2 buat hati jadi tenang..
Dua. Kekuatan dalaman penting bagi along dalam menusuri hidup sebagai Si Sulong. 
Tiga. Sikap tolak ansur yang ditunjukkan buat abahnya terkesan dan berharap ia menjadi satu nilai murni yang kekal buat kamu dewasa kelak. Insyaallah...

P/S-Sisipan buat Simpananku. .

Wahai Ayah, Abah, Papa..

Wahai Abah, Ayah, Bapa... 
Jadilah pendengar yang setia dan penyampai yang jujur kepada anak2.. 

Jadilah Contoh yang terbaik kepada Anak2 kamu. 
Jikalau kamu tgh bersedih atau runsing kerana Kesemua kambing peliharaan kamu mati atau ketika Kamu stress kerja atau kamu tgh khusyuk melayan Whatsapp bisnes sekalipun, bila Si Anak bertanya sesuatu soalan kepada kamu... Maka jawablah dengan sopan. 


Kerana jawapan yang sopan boleh menjadi contoh yang baik kepada anak2mu.. 
Didik anak2 seawal mungkin sbb dari kita kain putih itu. Dicorak. Mungkin susah kaum ibu 9bulan menanggung.. tp susah lagi membesarkan selepas lahir hingga bertahun. 

Semua impikan anak2 yang cemerlang, hebat. 
Tp soalan anak ketika kecil bertanya, kau jawab dengan nada dan jawapan yang x sesuai untuk peringkat usia anak kecil itu.. oh..tanpa fikir panjang kesan kpda anak itu.. Sedih BangRomlee waktu melalui jalan itu.. 

"Dady.. Dady... boleh ke print kerja sekolah i..?"
"Ink tak ada..! "agak tinggi nada itu kepada seorang budak.

Beredar budak itu dari tempat dia berdiri mendapatkan rakan2 sepermainan yang lain.. 

BangRomlee rasa sedih dan terkilan waktu itu. Insyaallah dan kita semua mohon supaya perkara ini terhindar dari Keluarga kita semua.. amiin... 

Teringat pada kata2 seorang rakan kerja BangRomlee waktu di tempat kerja x lama sebelum BangRomlee Jatuh Motorsikal ke dalm longkang.. hmm agak besar longkang tu.. "nyaris masuk sebiji moto ku huh". 


Rakan pernah berpesan. "Jadi lah pendengr yang Setia kepada anak2, pasanganmu, dan keluarga mu serta rakan2 atau kenalanmu..."😁

Sama2 kita berdoa.. 
P/s - x ada gambar lah..

Monday, September 28, 2020

BACALAH ANAK-ANAKKU..

Bacalah anak2 ku... 

Dah masuk banyak bulan mereka berpindah ke kawasan baru..
Tinggalkan kawasan kediaman lama yang padat, utk meneruskan situasi agak santai ala2 susana desa di tempat baru.. kiranya BangRomlee boleh sesuaikan diri dengan kawsan bru mereka itu.. dengan Keadaan jiran2 yang baik yang rata2 anak2 tempatan dan ada antara mereka merupakan generasi kedua. Pelbagai bidang kerja mereka.. ada yang Nurse, dan x lupa yng kerja pejbat.. dan ada yang bhgian cabang kerajaan yang lain. 

Sejak mula pindah, BangRomlee sudah pernah bertanya seorang rakan beliau yang sudah menetap lebih awal di situ x jauh dari rumah BangRomlee sekarang.. jawapan agak mencuit hati..
"Cam na aku nk bagi tau.. aku pun anak kecik lagi, mana tau ngji lagi.."
"Loorr.."

Sudah bnyak kali di Ulang-pesan kepada isterinya. 

Pernah sekali itu BangRomlee mengatakan kepada isterinya supaya berjumpa dgn isteri jiran mereka utk bertanyakan soal kelas Iqra' anak2 mereka.. 

Sejak mereka berpindah disitu hnya sekejap sahaja anak2 mereka belajar iqra dan Quran dengan Seorang Ustazah di sekolah agama di kawasan Kediaman mereka.. tapi atas sebab yang tidak dpt dielakkan  maka, kelas kelas itu tidak dapat diteruskn... Kesian kepada ank2 mereka. Kurang satu Makanan iman. 

Hari demi hari mereka bakal membesar dan meningkat usia. Asakkan dari pelbagai pihak sangat kuat. Pengaruh media pengaruh rakan2 pengaruh persekitaran.. uh sangat hebat bagi mereka zaman sekarang .. Oh... Jati diri mereka perlu kuat.. olahan acuan perlu diteruskn dalam usaha peringkat rebung selayaknya sekarang sudah diteruskan.. Dengan Kekuatan beliau seorang kiranya BangRomlee tidak kuat untuk membuat lenturan buluh itu.. Dia perlukan rakan utk menarik dan kekalkan bentuk buluh itu... 

Amanat mudah BangRomlee kepada isterinya. 
"Awak pi lah tanya bini jiran kita tu.. minta suruh dia ajar hero2 tu bagi pandai lagi Iqra ngan Quran tu."

"Ish... Awak pi lah."
"Dah. Kita dah tanya laki dia dah, laki dia kata bini dia tu elok tya sendiri kat bini dia. Yang ngajar tu bini dia."

Senyap...
Terkadang, sikap malu ni pun perlu dielakkan supaya perkara negatif tidak melekat dalam diri kita.. 

Masih ingat masa kecil di kampung dulu BangRomlee pernah ngaji dengan Arwah Ibu, oh sangat beliau rindui saat itu. Sewaktu di asrama saat setiap manusia tidak inginkan khabaran sedih kepergian Ibu tersayang sampai ketelinga ketika itu.. (Allahu maghfirlaha Warhamha..).(mungkin babak yang lain boleh diketengahkan situasi ini..hmm..).

Tiap hari BangRomlee memikirkan perihal Hero2nya.. 

"Buat apa abah?"
"Ni abah nk buat rak dalam rumah tu."
"Buat apa rak tu."
"Ya lah, barang sepah sangat dah. Tak tau abah nk letak mana dah. Kalau kita buat rak nnt kurang sikit sepah dalam bilik tu."
"Ooo...."

Begitulah kalau free BangRomlee akan ke belakang rumah mereka utk ketuk2 potong2 papan kayu yang ada buat apa yang dirasakan sesuai. Kadang2 beliau beli saja papan dan besi 'racking' dekat kedai Hrdware Alvis sebelah jmbatn dekat kawasan perumahan mereka tu..  Alvis tu sampai save nombor telefon BangRomlee. Dah macam kontraktor perabot gayanya. Keh keh.. 

Yalah, mau tidaknya. Masa tidak sibuk dulu Beliau pernah ambil barang dengan jumlah yang byk dri jumlah kegunaan personal macam D.i.y kerana masa tu BangRomlee ada buat kerja sambilan kerusi meja. Sempat siap sikit shj kerusi meja utk kdai makan kedai Abang Zua, kerja pun terpaksa dihentikan gara2 khemah Kerja BangRomlee roboh akibat hujan Ribut.. huuu... Byk gak peralatan masuk air. 

"Nanti tanya bini dia tu.! Saya x mau nnt kalau mati anak2 x leh ngaji. Jidikan iktibar kita ni.. Saya ni dah lah x pandai ajaq ngji.. setakat baca diri pelan2 ja." 
"Ingat amanat ni.." senyap lagi.. 

Setakat sekarang Along lah yang jadi panduan kepada adik2nya di pantau dekat oleh BangRomlee.

Insyallah.. mungkin ada jalannya..

P/s- Usaha &Ikhtiar jgn pernah putus asa. 
Cerita diari Abah buat tatapan. 
-Ceritaku, kau suka kau baca.πŸ€ͺ

Siap 27Sep20
#jgnmengalah