Translate

Friday, November 13, 2020

Pinjam Basikal

Pagi terasa sangat gundah. selepas bangun rupanya berjaga malam sampai lewat tertidur pagi Si Ayah langsung tidak sedarkan diri dan terlepas subuh. 


Begitulah rutin Dia berada di kediaman baru. Menyertai rukun tetangga taman perumahan menjadi satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh. Bergaul dan sentiasa bertegur-sapa menjadi perkara penting. Nabi kita pernah berpesan 40 hadapan, kiri dan kanan adalah jiran kamu. Maka kita berbuat baik lah paling kurang senyum lah ๐Ÿ˜Š. 

Berjaga malam dalam menjaga keharmonian kwsn kejiranan mereka merupakan tanggungjawab bersama yang dipikul oleh setiap penghuni Taman Bakti Setia yang didiami BangRomlee sekeluarga. Seminggu sekali mungkin, jarak waktu yang akan ditetapkan oleh Pengerusi Taman bagi memestikan keharmonian Taman sentiasa terpelihara. 

Selasai bersih badan pagi tu BangRomlee mula masuk 'sarang'. Ya lah, semalaman mata kelip pok kelip pok sengkang akhir tewas jam 4lebih pagi. Masuk 'sarang' dengan tujuan rehat badan sbb sebelah petang nnt akan ada urusan kerja yang tertangguh di pejabat beliau. 

Petang. 

Mulakan kerja seperti rutin seorang pekerja yang makan gaji bulanan yang lain. Masih baru dalam bidang itu. Sbb memang tidak pernah lalui kerja tersebut sepanjang beliau bekerja. Satu yang baru bagi seorang yang hampir mececah lewat 30an ini..

Ada perkara yang baru bagi BangRomlee setiap hari-harinya dalam rutin kerja beliau. Tekanan hanya Dia sahaja lalui yang tidak dapat disampaikan walau berkali-kali dibincangkan dengan sahabat rapat sekali pun.. susah diterjemahkan dgn kata-kata kerna perkara yang dilalui beliau bukan lah dengan kata-kata semata, tetapi bercampur perasaan, ilmu dan pengalaman. Betullah peribahasa "Jauh Perjalanan, luas permandangan." Pengalaman adalah perkara yang dilalui oleh orang yang melaluinya. Tiada harapan BangRomlee untuk mengajak sahabatnya turut serta dalam situasi beliau itu, cuma terkadang beliau terpaksa berkongsi sesuatu yang dilalui itu agar bebanan beliau terasa sedikit ringan dengan kekuatan baru yang disuntik oleh sabahabat beliau Si Mohd sorg ini. 

Selasai waktu kerja petang itu BangRomlee pulang dengan keadaan yang bercampur perasaan gundah.. minggu ini terasa agak keberatan dan beremosi bagi BangRomlee, entah kenapa. 

Sampai di rumah BangRomlee ternampk gelak tawa anak-anak di kawasan kejiranan mereka. Sebelah petang merupakan waktu yang dinantikan bagi majoriti kanak-kanak kejiranan mereka. Sungguh riang mereka dengan aktiviti sendiri. Ada yang berbasikal,  ada yang bermain kejar-kejar, ada yang bermain 'bola jalanan', ada yang bermain timbang-timbang bola semacam orang dewasa mermain sepak raga bulat. Rata anak-anak ini 4 ke 12tahun. Sngat ramai bagi mewakili setiap rumah di kediaman mereka masing-masing. 


Terlihat anak BangRomlee yang ke-dua tercegat menunggu kawan-kawan yang sudi tumpangkan basikal mereka๐Ÿ˜ข.  Tersentak satu situasi yang sangat menyentuh perasaan BangRomlee tiba-tiba. Aduh... 

BangRomlee sudah sedia maklum perihal ini. Setiap hari salah satu perkara ini sentiasa bermain difikiranya.. basikal Putera Ke-dua ini sudah rosak dah seminggu. Gara-gara 'bush' belakang sudah 'loose' dan skru juga 'loose' tercampur 'bearing' yang pecah akibat basikal anak-anak BangRomlee sering ditunggang dengan agak agresif setiap hari.

"Ish.. abah kena beli basikal yang yang betul-betul besi yang x pakai skru ni Ahmad."

"Kanapa Bah?"
"Yalah.. asyik rosak ja ni."
"Mahal ka Bah?"
"Hmm... Mahal lah. Tp abah x cukup duit lagi."

Masih tercegat Ahmad ke-Dua td tunggu kawan yang sudi nk tumpangkan basikal. 
Terus BangRomlee tongkatkan motorsikalnya. Dalam perasaan yang sedikit terkesan dengan situasi anak beliau. "Along, mai sini kejap." Memanggil si Sulong yang sudah bersama basikalnya menunggu rakan-rakan lain.. 

Terus Si Sulong datang.
"Ada apa abah?"
"Along bagi pinjam basikal kat Ahmad Ke-dua kejap?".

Berubah wajah Si Sulong..๐Ÿ˜ข
"Abah x sempat lagi nk repair basikal Adik ni."
"Hmm.. boleh lah๐Ÿ˜ž. 
"Along pakai basikal lipat abah yang kuning tu, na., Kesian kat Ahmad ke-dua tu. Dia nk tumpang basikal kawan dia, basikal tu tak boleh naik dua orang. Nnt 'gaji' abah repair basikal dia, tolong na.. kesian kat dia."
"Ye lah...๐Ÿ˜”."

"Ahmad Ke-dua mai sini, pinjam basikal along dulu. Nanti pulang balik tau."
"Ok."

Alhamdulillah.. reda sekajap satu perasaan gundah yang Bangromlee bawa balik td dari tempat kerja.

Dengan berat Sulong merelakan situasi tu. Mungkin ini satu pelajaran yang kebetulan berlaku buat BangRomlee dan juga kepada sulong. 

Satu. Gembirakan anak2 buat hati jadi tenang..
Dua. Kekuatan dalaman penting bagi along dalam menusuri hidup sebagai Si Sulong. 
Tiga. Sikap tolak ansur yang ditunjukkan buat abahnya terkesan dan berharap ia menjadi satu nilai murni yang kekal buat kamu dewasa kelak. Insyaallah...

P/S-Sisipan buat Simpananku. .

No comments:

Post a Comment