Translate

Friday, November 13, 2020

Ahmad Ke-Tiga

Si Ahmad ke-3. 

Jam 12.30 tgh hri. Lewat lagi ambil sekolah.. ish maaf lah..
"Abah2, Cikgu suruh Ahmad masuk pidato.".. 

"Hah..! Apa kelebihan awak ni.?"
"Napa cikgu pilih Ahmad pidato?."

"Tak tau lah abah."
Kat rumah. 
Whasaap masuk.. 
("Salam puan, anak puan saya nak masukkan dalam senarai peserta pidato wakil tadik kita ni nnt.")

"Abang, cikgu whassap ni.".
"Nah..."
(Dalam hati, geli ngat). (Boleh ka anakku ni..) hee.. 
Ikut lah ummi oiii.. ekekekek..

Dah seminggu latihan utk masuk pertandingan Pidato peringkat KEMAS. Dekat sekolah mmg nmpk ckit menonjol dgn gaya bahasa lentok bercakap dengan Cikgu Fatin tu.. ada budi bahasa di situ. ya kah?  Hmmm... 

Hari ni dah masuk hari ke berapa kah.. Nmpak ada perubahan lah Si Ahmad sorg lagi ni.. ada kelancaran dalm membaca. 

Biasa lah anak oi. Abah dia Dulu masa umoq 6tahun tadika pun x pi. Ekekekek.. membaca jauh sekali lah. Tadika ada buka kat kampung tp x dak org nk hantaq. Arwah mak Abah menoreh getah. Masa tu harga getah 'Ketul' atau orang kampung panggil 'getah Sekerap' baru 5kupang sekilo. Alaa.. tu yg kaler putih tu.. bau dia syahdu ooo.. "Keng...!!!". Sbb tu otak geliga sbb bau dia melekat.ekekekekek.. 

"Hari ni hafal tak pidato?". 
"Belum lagi..". 

"Ish.. nk kena rotan ni.., hafal lagi, Nk masuk pidato kena byk hafal.." gaya Abah marah macam abah hebat sgt berpidato.kui.kui.. 
Eh, bukan biasa2 cek oi.. dulu Beliau pernah masuk kelas Pidato lah dgn tenaga pengajar dari Akademi Nusantara. Satu semester lah bkn seminar sehari dua.. siap belajar gaya bahasa lagi you.. 
Teknik lontaran bahasa, teknik alunan Nada. Wave suara. 

"Kalau tidak kerana bulan, 
Masakan bintang terbit tinggi, 
Kalau tidak kerana saudara saudari sekalian, 
Tidak saya hadir di sini.." 

"Assalamualaikum pembuka bicara..  "

Haaa... Itu muqadimahnya.. yang sama batch ngan Abah tahu lah gaya dia cam na.. 

Ahmad ke3 ni x tau lah cam na.. seusia 6tahun ada level dia sendiri.. tidak lah Abah harapkan cemerlang seperti Eizzat Al Haieyy(6tahun) semasa 2016  lalu. Beliau adalah Kanak2 johan dalam pidato peringkat kebangsan pada tahun itu. 
Pada Si Abah.. 6tahun sudah cukup hebat dengan pencapaian dalam kelancaran membaca.! 

Ingat baru2 ni. Si Ahmad ni gelak mengekek masa baca komik 'Mat Gempak'. Menandakan dia faham apa jalan cerita komik itu. 
Konsep dalam komik ada ruang2 dan kotak2 utk beralih satu babak ke satu babak yang lain.. ada setengah babak tu beralih ke sebelah dan ada babak akan sempit kotaknya dan Kotak panjang.. dan ada juga terus pindah babak ke kotak bawah.. haaa.. kau faham kah apa yg cuba disampaikan ni.. 
Kalau faham bermakna kau pernah baca komik. Kalau x faham tanyalah Ahmad yang ketiga ni.. huuu.. 

"Okay, cakap tengok abah nak dengar ?". 
"Cakap cam ner."

"Ala.. cam cikgu ajar tu.."
"Ok, berdiri kat sini, hadap sebelah sana, kat depan ni ramai Org tengok ni."
"Tak der pun orang.?"
"La.. ini macam ada orang lah."
"Cam ner.?"... 
"Cam ni lah. Ahmad diri kat sini, Kat depan Ahmad ni nnt ada orang lah yang tengok, cikgu ngan kawan nnt.". 

"Ooo..."
"Okey, baca pidato tu.. jap. Seterusnya, mempersilakan Adik Ahmad.. dengan pidatonya Sayangi Malaysia Ku. Dipersilkan."
"Cakap..".

"Assalamualaikum dan Salam sejahtera, yang mulia Tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang berpegang teguh pada paksi keadilan, penjaga detik yang patuh pada waktunya, guru-guru dan hadirin hadirat seterusnya rakan2 sekalian." 
"Apa ehh.. lupa lah.". 

"Nah.. lupa lagi. Cam na nk pidato ni.?".

Hari berikutnya.. 

"Abah hari ni cikgu cakap Ahmad dah ingat,. ".

"Ha cam tu la. Nanti belatih lagi."
"Ok."
Kat rumah, 
"Hari ni jangan main, kalau x boleh hafal jgn main." Tinggi suara ummi. 
Bukan apa. Cikgu bagi peluang tu bermakna cikgu mula beri kepercayaan kepada anak2 muridnya.. mungkin dia nmpk ada potensi kalau diberi peluang tu.. Carry on ja lah.. 

Cuma perlu ingat, kalau nk buat sesuatu tu.. biaq buat betul-betul. Kalau x mau buat jangan buat terus.. sepanjang seminggu dua ni brpa kali dah Ahmad ni kena rotan sbb main2. Haaa.. baru dia tau. Pernah sekali tu, sampai Abah x bagi dia baca terus kertas pidato tu.. sebab dia mengamuk letih.. Biasalah 6tahun bnyak guna emosi nk berlatih pun.. ngantuk lah, letih lah, nak main lah.. hai anak.. terus lah anak oii.. cuma nnt jgn reyau sudah atas pentas.. huuu.. boleh cakap x pa dah kalau x dak gaya pun.. 

Hari Khamis ni tau lah dia. Kaku di pentas kah.. sengeh di pentas kah. Ataupun cakap terus x berhenti.. "hentam sajalah". Kata Pendekar Mustar kepada bujang Bujang Lapok kalau sumbang langkah.. ekekekek... 

Rehat dulu nnt sambung lain.. 

(Selasa malam 22/9.)
(Seminggu selepas hari malaysia).

No comments:

Post a Comment