Translate

Saturday, October 1, 2022

Dialah.. - (Episod 2).

Selingan Lepas..
🎢🎡(Muzik, Pilih sendiri yg sesuai).🎢

Maka bermula lah. Episod baru bagi Dia di sebuah tempat belajar yang asing dari rumahnya..

New..


Sambil dibelek² dalam beg mencari sesuatu.. Teringat pesan mak Dia. 

"Hang pi nanti belajaq betui². Jangan main².."
"Ya, baik mak."
Dia tahu yang Mak tak sihat bertarung dgn penyakit asma.

"Ni nanti nak daftar abg hang tau dah ka.?"

"Dah, dia hantar nanti."
Puhh.. nek keta iswara Erobek merah.!

Parking masa daftar, Abang Ikut semua lokasi. Naik pejabat sana pi pejabat situ. Amanat Ayah abang Dia ambil.. Setiap lokasi ada senior Sekolah itu untuk guide adik² junior.. 

Tangan masih di beg sambil belek² mencari sesuatu.. 

"Kamu,! Saya bercakap di depan ni. Kamu buat apa tu. Tumpu perhatian kedepan."

Terkejut Dia dengan Suara Cikgu di depan tu. 

Ketika ini semua Pelajar berhimpun di depan Dewan makan. Selesai mendaftar sebelah pagi. Sebelah petang mengikut peraturan Asrama.

Dia ditempatkan Di bilik bawah sekali. Bilik Asrama itu Di panggil Dorm. Dorm Umar Al-Khattab. 
Rupanya, Dorm ni ramai Senior² Otai dalam Asrama. Hmm... punggah, tapi Dia tak tahu lagi..tunggu lepas minggu orentasi nanti..

"Nama apa? 
"err.. Mohd..."(baru mula bicara).

"Junior² minta berhimpun di depan dewan makan lepas asar..terima kasihπŸ””πŸ”Š.." Pengumuman pembesar suara Dari Surau. 

Pintu surau betul² depan Dorm Dia... 

"Nanti ptg ni lah hang bagi nama."
"Ya abang." 
"Ustat, depa panggil ustat.ajk Agama."

"Nama sy Dia."
"Oo.. nnt hang dok katil atas aku ni."
"Ok baik."

Bilik dah dapat...

Bersambung.. 

Next: 
budak asrama.

Wednesday, September 28, 2022

-Dialah, -Episod 1


Selangkah... 🦢


"Kamu semua masuk sini bukan cikgu-cikgu pergi ke rumah jemput seorang-seorang faham!?"

Tersentak dengan lantun suara yang agak tinggi itu. Dia terkedu.

"Tapi kamu semua masuk ke sini atas sebab kamu sendiri yang mohon, minggu ni kamu akan menjalani minggu Suaikenal. Baru sebelah kaki kamu di Sekolah ni."

Aduh.. apa nk jadi ni. Cikgu sini garang² lah. Dia semakin cemas. Di situ tempat asing bagi Dia. 2 tahun Dia kena tempuh sehingga SPM nanti.

"Bila-bila masa saja kamu boleh dibuang sekolah. Jadi ikut arahan dan disiplin sekolah."

Dan lagi... Kata-kata cikgu, merangkap warden yang akan Dia tempuh itu selama 2 tahun mungkin..πŸ€”

"Kamu semua di sini akan ada 2 disiplin. Di sekolah kamu perlu ikut waktu sekolah, selepas tamat waktu sekolah kamu perlu ikut peraturan Asrama."

Huis.. naik seram pula, hari tu macam seronok dapat tawaran sekolah Teknik ni.. bergaya, budak 'smart'. Sekolah Teknik. Tak ramai yang dapat.. kunun. 
Ya. Sekarang baru kau tahu. Langit tinggi ka rendah..

"Jadi, selamat datang Cikgu Ucapkan kepada Kamu semua yang terpilih untuk belajar di sini.

Maka bermula lah. Episod baru bagi Dia di sebuah tempat belajar yang asing dari rumahnya..

Bersambung..

Next..
-Dimanakah bilik Dia
-Bolehkah Dia tempuhi semua itu.. Oh.

Saturday, September 24, 2022

Episod: Baju Merah Hawaii...!

"Uun.. , Assalamualaikum, Uun.." 

"Ha.. Dik, hg cari Uun ka.?"
"Ya, Uun ada dak Mak Ndak."
"Dia pi umah mak dia, mlm ni tidoq rumah mak dia la tu.." Jarak rumah Mak Uun dengan rumah Tok Dia lebih kurang 300m ke 400meter shj, tapi sebab mak sudah berpesan jangan main jauh²..

"Awat Dik, hang nak main dengn dia ka.?"

"Ya Mak Ndak."
"Esok dia balik sini kot."

Zaman 90an. Tiada janji apps Whatsapp atau Direct Messanger untuk tahu lokasi permainan kali ini.

Naluri tetap ada untuk sesuatu tujuan antara mereka. 

"Baik Mak Ndak."

Balik lah Si Juan petang itu. 

Keesokan, 

"Uun, Petang ni kita main kat rumah Tok Hang,"

"Jom, "

Si Juan dengan Uun ni merupakan rakan sepermainan ketika kecil. 

Di kampung Mereka ni, ramai kanak² sebaya yang rapat. 
Antara, Juan, Uun, Siti, wan, Azis, A-aa, Mat Padil, Ajis adik Uun. Ramai lagi.

"Juan, nu Mat Padil bawa lembu Tok dia bagi makan."

"Padil, Lembu hang jinak dak.?"
"Ha la.. jinak lah. Aku jaga dia, tok aku suruh jaga bagi makan petang²."

"Wan, hang pakai baju merah, Ayah aku kata Lembu suka 'ligan'* klau nampak baju merah." Celah Juan lepas nampak Wan mai dari rumah dia seberang parit dekat rumah Tok Mat Padil. 

Petang itu, cuma mereka berlima sahaja yang ada bermain bersama. Uun, Juan, Wan, Siti dan Mat Padil

"Alah, tak dak pa lah. Lembu ni jinak." Jawab Mat Padil. 

Mereka pun bermain dengan lembu Mat Padil petang tu. 

Lompat belakang lembu, tepuk² badan lembu, awang nama lembu tu, lingkungan 1tahun usia. 
Awang pun melayan kerenah budak² tu, budak yang dalam darjah 2,3 dan 4 itu.

Dalam bersuka, si awang pun agak riang melompat² dan dengan tak semena-mena awang naik 'syeh'* sambil berlari itu, dia ternampak Wan dengan jarak 20meter, terus meluru laju.. 

Wan dalam lari² anak dengan Juan, Uun dan Siti bertempiaran lari cari perlindungan, Juan dengan Uun sempat 'rabat'* pokok rambutan dekat depan rumah Siti, Manakala Siti dengan Spontan lari masuk rumah dia, kih kih...

"Wan, lari wan!" 
Tali yang di pegang Mat Padil terus terlepas, 

Wan yang tadi menjadi target Awang Si Lembu Mat Padil, lari pecut tanpa sedar selipar yang dipakai dah terpelanting dengan Gerak perlahan Selipar melepasi kepala Si Awang Lembu Mat Padil. 

"Wan, lari masuk rumah Siti wan.!" Pekik Kak Miza kebetulan Menjengah ikut tingkap kerana Terkejut melihat Adiknya Siti lari masuk rumah tanpa selipar memakai selipar dari luar tadi. 

Juan dengan Uun, dalam keadaan takut campur lucu.. tak sedaq mereka gelak sambil Jerit risau, "Wan lari masuk rumah Siti Wan.!". Hahaha... 
"Lari Wan..! " 
Kesian pun ada, Lucu pun ada.. 
Leleh ayaq mata budak² masa tu.. 

Terus melompat ke dalam rumah Siti, lembu dengan gaya medongak kekanan kekiri dengan muka lembu sambil memanjangkan leher, dia macam mencari target lain.

Mat Padil dengan selamber terus dapatkan tali Si Awang Lembu, sambil melibas tali yang satu itu seperti orang buat senaman 'Batting Roping'. Untuk menenangkan Awang Si Lembu. 

"Haih, awang..! Haih..! "

Lalu diikat pada pokok rambutan yg Uun dan Juan ada diatasnya .. hmm.. kih..kih..kih.. 

"Weh.. kami nak turun cam na.. ?!"
.... 

Bahana Baju merah ala² Hawai yang Wan pakai petang tu mecetus kebenaran fakta yg orang tua² kampung cakapkan. Benar Lembu Marah kalau baju merah..! Kih..kih.. kih..

P/s- Siapa yang melalui cerita-cerita seperti ini mesti merasai nikmat kanak² mereka. kih..kih.. 

- tapi yang Heran Uun sebaya dengan Juan, kenapa Panggilan MakNdak yang Juan sebut utk Tok Uun(MakNdak) sepatutnya TokNdak lah... Hmm.. πŸ€”

Kosakata:
1. Ligan* = Kejar.
2. Rabat* = Panjat.
3. Naik Syeh = Ubah Perangai jadi Garang.

Layan hari minggu mu..kih kih...

Wednesday, September 14, 2022

Sakit Penghapus Dosa

Kisah ini agak sensitif.. kita doakan semoga dipermudahkan segala urusan dan cepat sembuh... Amiinn...

Sakit penghapus dosa...
Demam, x kebah. 

"Sebagai muslim, Saya bertanggungjawab memberitahu..Ubat ni. Bla bla.bla... 
Dan Ubat ni effect dia kpda hati. Macam kanak² kena kuning tu.. "
"Oh baik. "

Hmm.. luah mati emak, telan mati bapak. 
Dalam situasi Darurat kena ambil kira apa yang penting dan mudarat mana yang lebih besar. 

Sengsara menahan Sakit yang tiada tempat dilihat oleh mata kecuali Teropong Ajaib. 
Uh uh uh... 🎡🎢🎡🎢🎡🎢Uh uh uh.. seperti irama drum base setiap kali bersuara. 
Insyaallah.. Semoga sembuh ya. 

p/s- 

"Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan azab bagi mereka." (QS Al-Ahqaf: 35).

Saturday, July 2, 2022

Doss Ubat...

 "Pahit gak...eee..." 




Sedetik tika.. terus teringat situasi pertemuan enam mata. 

Pakar dan Tak pakar. 


"Ada tak gas ka apa² yang doktor boleh bagi, ada time² tertentu saya lemas.."


"Tak ada apa² ubat yang boleh sembuhkan awak." Dengan pantas disambut oleh puan pakar seperti GK menyambut bola jaring dari tengah utk membuat Skor.


"Tapi, kita bagi awak mofin. dengan dos yang tidak tinggi. Ia bukan untuk sembuh tapi mengurangkan."


"Ooh.. baik doktor."


Di sisi lain.. 


"Enam, Kosong, Tujuhh, bilik Enam.."(suara Speaker memanggil pemegang nombor berkenaan).


"Ish.. lapar plak nih. Satu ja lagi nombor aku ni."(Hati BangRomlee berkata² tanpa siapa pun tahu sebab dalam hati memang tidak dapat dilihat).


Selang 30minit, 

"Enam, Kosong, Lapan.. bilik enam." (Nah.. akhirnya sampai juga..)


"N

Tokk.. tokk..!" Bunyi ketuk pintu. 

Klau kuat, mau sakit juga belakang jari ni. 


"Assalamualaikum,.."


"Walaikum salam, ya Encik. Duduk sini."


"Bagaimana sekarang keadaan encik.?". 

"Macam tu lah Doktor."


"Ya.. bla.. bla.. bla.."

"Ya doktor, bla..bla.."...

" Faham, bla.. bla.. "

(Senang buat cerita noh..ekeke..)


🎢🎡🎢Muzik, selingan.. kamera zoom dari bawah lantai, membawa ke atas lampu lepas tu jadi kabur..🎡🎢🎡


"Ok Encik.. kita jmpa lagi pertemuan akan datang.. "


Teringat Kata² sahabat kenalan sy.. yg lebih kurang maksud .. 


"Andai, ku tiada lagi.. tolonglah Jagakan aib ku.. " 😘😘😘


P/s- Tiber.. ayat cam nk pi esok.. piiii. 

Mungkin cara begini, sebuah drama atau novel laris di pasaran.. hee...

Hebatnya sebuah tulisan. Dpt mempengaruhi minda.. ! 


Rilek hangpa semua.. jgn ambil serius sgt.