Translate

Wednesday, September 28, 2022

-Dialah, -Episod 1


Selangkah... 🦶


"Kamu semua masuk sini bukan cikgu-cikgu pergi ke rumah jemput seorang-seorang faham!?"

Tersentak dengan lantun suara yang agak tinggi itu. Dia terkedu.

"Tapi kamu semua masuk ke sini atas sebab kamu sendiri yang mohon, minggu ni kamu akan menjalani minggu Suaikenal. Baru sebelah kaki kamu di Sekolah ni."

Aduh.. apa nk jadi ni. Cikgu sini garang² lah. Dia semakin cemas. Di situ tempat asing bagi Dia. 2 tahun Dia kena tempuh sehingga SPM nanti.

"Bila-bila masa saja kamu boleh dibuang sekolah. Jadi ikut arahan dan disiplin sekolah."

Dan lagi... Kata-kata cikgu, merangkap warden yang akan Dia tempuh itu selama 2 tahun mungkin..🤔

"Kamu semua di sini akan ada 2 disiplin. Di sekolah kamu perlu ikut waktu sekolah, selepas tamat waktu sekolah kamu perlu ikut peraturan Asrama."

Huis.. naik seram pula, hari tu macam seronok dapat tawaran sekolah Teknik ni.. bergaya, budak 'smart'. Sekolah Teknik. Tak ramai yang dapat.. kunun. 
Ya. Sekarang baru kau tahu. Langit tinggi ka rendah..

"Jadi, selamat datang Cikgu Ucapkan kepada Kamu semua yang terpilih untuk belajar di sini.

Maka bermula lah. Episod baru bagi Dia di sebuah tempat belajar yang asing dari rumahnya..

Bersambung..

Next..
-Dimanakah bilik Dia
-Bolehkah Dia tempuhi semua itu.. Oh.

No comments:

Post a Comment