"Uun.. , Assalamualaikum, Uun.."
"Ha.. Dik, hg cari Uun ka.?"
"Ya, Uun ada dak Mak Ndak."
"Dia pi umah mak dia, mlm ni tidoq rumah mak dia la tu.." Jarak rumah Mak Uun dengan rumah Tok Dia lebih kurang 300m ke 400meter shj, tapi sebab mak sudah berpesan jangan main jauh²..
"Awat Dik, hang nak main dengn dia ka.?"
"Ya Mak Ndak."
"Esok dia balik sini kot."
Zaman 90an. Tiada janji apps Whatsapp atau Direct Messanger untuk tahu lokasi permainan kali ini.
Naluri tetap ada untuk sesuatu tujuan antara mereka.
"Baik Mak Ndak."
Balik lah Si Juan petang itu.
Keesokan,
"Uun, Petang ni kita main kat rumah Tok Hang,"
"Jom, "
Si Juan dengan Uun ni merupakan rakan sepermainan ketika kecil.
Di kampung Mereka ni, ramai kanak² sebaya yang rapat.
Antara, Juan, Uun, Siti, wan, Azis, A-aa, Mat Padil, Ajis adik Uun. Ramai lagi.
"Juan, nu Mat Padil bawa lembu Tok dia bagi makan."
"Padil, Lembu hang jinak dak.?"
"Ha la.. jinak lah. Aku jaga dia, tok aku suruh jaga bagi makan petang²."
"Wan, hang pakai baju merah, Ayah aku kata Lembu suka 'ligan'* klau nampak baju merah." Celah Juan lepas nampak Wan mai dari rumah dia seberang parit dekat rumah Tok Mat Padil.
Petang itu, cuma mereka berlima sahaja yang ada bermain bersama. Uun, Juan, Wan, Siti dan Mat Padil
"Alah, tak dak pa lah. Lembu ni jinak." Jawab Mat Padil.
Mereka pun bermain dengan lembu Mat Padil petang tu.
Lompat belakang lembu, tepuk² badan lembu, awang nama lembu tu, lingkungan 1tahun usia.
Awang pun melayan kerenah budak² tu, budak yang dalam darjah 2,3 dan 4 itu.
Dalam bersuka, si awang pun agak riang melompat² dan dengan tak semena-mena awang naik 'syeh'* sambil berlari itu, dia ternampak Wan dengan jarak 20meter, terus meluru laju..
Wan dalam lari² anak dengan Juan, Uun dan Siti bertempiaran lari cari perlindungan, Juan dengan Uun sempat 'rabat'* pokok rambutan dekat depan rumah Siti, Manakala Siti dengan Spontan lari masuk rumah dia, kih kih...
"Wan, lari wan!"
Tali yang di pegang Mat Padil terus terlepas,
Wan yang tadi menjadi target Awang Si Lembu Mat Padil, lari pecut tanpa sedar selipar yang dipakai dah terpelanting dengan Gerak perlahan Selipar melepasi kepala Si Awang Lembu Mat Padil.
"Wan, lari masuk rumah Siti wan.!" Pekik Kak Miza kebetulan Menjengah ikut tingkap kerana Terkejut melihat Adiknya Siti lari masuk rumah tanpa selipar memakai selipar dari luar tadi.
Juan dengan Uun, dalam keadaan takut campur lucu.. tak sedaq mereka gelak sambil Jerit risau, "Wan lari masuk rumah Siti Wan.!". Hahaha...
"Lari Wan..! "
Kesian pun ada, Lucu pun ada..
Leleh ayaq mata budak² masa tu..
Terus melompat ke dalam rumah Siti, lembu dengan gaya medongak kekanan kekiri dengan muka lembu sambil memanjangkan leher, dia macam mencari target lain.
Mat Padil dengan selamber terus dapatkan tali Si Awang Lembu, sambil melibas tali yang satu itu seperti orang buat senaman 'Batting Roping'. Untuk menenangkan Awang Si Lembu.
"Haih, awang..! Haih..! "
Lalu diikat pada pokok rambutan yg Uun dan Juan ada diatasnya .. hmm.. kih..kih..kih..
"Weh.. kami nak turun cam na.. ?!"
....
Bahana Baju merah ala² Hawai yang Wan pakai petang tu mecetus kebenaran fakta yg orang tua² kampung cakapkan. Benar Lembu Marah kalau baju merah..! Kih..kih.. kih..
P/s- Siapa yang melalui cerita-cerita seperti ini mesti merasai nikmat kanak² mereka. kih..kih..
- tapi yang Heran Uun sebaya dengan Juan, kenapa Panggilan MakNdak yang Juan sebut utk Tok Uun(MakNdak) sepatutnya TokNdak lah... Hmm.. 🤔
Kosakata:
1. Ligan* = Kejar.
2. Rabat* = Panjat.
3. Naik Syeh = Ubah Perangai jadi Garang.
Layan hari minggu mu..kih kih...
No comments:
Post a Comment