Masih dengan bahagia bekal yang dibawa dari Rumah Bani&faezah.
Diam sekejap antara Suami-isteri ini dalam kereta orng kata malaikat lalu. Ya ka.. Setiap waktu malaikat Izrail akan datang melawat kepada kita. Tapi kita tak nampak. Kalau kita nampak ka, mesti ku antara insan yang paling tawaduk di muka bumi Allah ini. haru jadinya.. semua manusia jadi baik dan berkasih sayang antara satu sama lain. 'Confirm' tiada orang 'drive' kereta gila khinzir.. kui kui.. sekarang tak dapat nak kata apa. Sebab tak tau, alam ghaib.
"Singgah Speedmart, beli Panadol dan air 100plus.Takut sakit kepala nanti."
Terus belok ke tepi jalan. Suara budak² dalam kereta memang riuh rendah dengan macam-macam ragam. Tergerak juga akan kakak ipar yang ada di area BM, sempat sedekah doa dan bacaan kepada Arwah abang semasa menunggu dalam kereta. Insyaallah next time kita singgah situ sama..
Terus masuk jalan lama menghala selatan ke Tol Juru. Ada rasa lega sebab pergi ziarah family di Kedah kali ini. Alhamdulillah.. mana yang belum berkesempatan Insyaallah suatu hari nanti sampai juga, cepat dengan lambat.
Terpampang 'sign bord' Taiping dan mula masuk area Taiping, terasa teringin ABC dan laksa Telur sarang area Taiping dekat tepi jalan menghala masjid tu. Terus keluar susur taiping.
Pusing punya pusing dalam satu jam. Semua kedai spot tak buka. Ish...ish.. melepas. Jam masuk tengah hari.. pusing lagi.
"Ish.. abah ni.. jalan ni kita dah lalu lah.." sampai anak² pun dapat rasa yg BangRomlee banyak kali lalu jalan area Taiping dua kali pusing Mall tu. Masuk bandar sejarah taiping. Berapa jejantas dah lalunya..
Sudahnya, masam muka dah Suami-isteri ni. Asyik tak setuju angin sahaja. Penat...
Terus cari masjid jam 2petang. Jmpa masjid Daerah Taiping. Cuaca yang agak panas. Masih belum lapar sebab sebelum keluar dari rumah Bani&faezah tadi depa jamu nasi dan kek.
Sampai di Masjid solat terus Jamak Takdim Zohor. Cari port landing.
'Jemaah tidak dibenarkan berbaring atau tidur dalam dewan Solat.' sekali setiap pintu masjid tertulis ayat itu daaa... Aduih.
BangRomlee jalan terus ke belakang sekali. Ada ruang sikit di luar dewan atas lantai mozek. Agak Kurang 'freindly' sikit masjid ni dengan musafir.. boleh dikatakan tak ada langsung kawasan lantai mozek yg sejuk.. heee...
Ada dua kawasan rehat terbuka berlantai di tepi masjid. Tapi panas sbb terdedah dengan Tar parking masjid.
So, Di sini lah tempat rehat sekejap. Ngantuk lagi dan letih tiba² menyerang.. mungkin sebab cuaca panas kot..
"Allahuakbar.. Allahuakbar.."
Noh.. azan Asar terus. Lajak ke Asar tidur.
Alhamdulillah.. Allah bagi masa untuk rehat. Tak tahu lah anak² yg lain. Along ikut landing. Yang lain sibuk main sekitar masjid. Ummi pun landing ngan Humaira kat belah ruang wanita. Berpeluh mereka.
Semua siap, terus bergerak lagi meninggalkan bandar Taiping dengan kehampaan, sebab rata-rata kedai dan warung top ABC pun belum buka 😢. Lepas asar itu.
Dengan keadaan badan yang x berapa sihat normal boleh lagi memandu. Terus lajak ke Magrib dengan jalan yang agak sesak sepanjang jalan. Ikut Waze jalan highway jem teruk. Jadi kami guna jalan biasa sampai sampai tanpa sedar lajak ke Magrib, dalam kereta jamah apa kudapapan dan bekal yang ada. Si anak² keluarkan makanan ringan 'super ring' yang di bekalkan oleh bang Anas(sepupu depa)&kak ain dari Segantang Garam semalam.
Sampai ngam² lagi 5minit ke Magrib terus masuk kawasan Masjid An-Nur, Kampar, Perak. Peerrghh.. lenguh badan. Memandu dalam keadaan kecewa dan masam muka dengan Ummi depa lah. X jmpa kedai makan ptg tadi. Macam semut hitam tu..
Kena cabut sesungut, siapa yg lalu depan auto jadi mangsa.. hmm..haru.
"Kita magrib sini sekali Jamak lah tau."
"Ni jamak apa bah.?" - Irfan.
"Jamak Takdim. Buat magrib dulu 3rakaat, lps tu Isya' 2rakaat niat sekaki Qasar(pendek)."
"Magrib x yah pendek kan.?"-irfan.
"Tak yah pendek, ari tu kita dah buat. Sbb magrib 3rakaat, jadi x payah pendek."
Ooo..
Masjid yang antara yg cantik dan sangat mesra tetamu dan musafir. Terima kasih Allah.. Alhamdulillah..
Paling sedap bila kita pertama sekali jejak kaki sini, terus terasa aura dia.. Subhanallah..
Kawasan yang sempurna, terletak cantik, tandas yang sgt cantik. Ruang rehat yg sangat sesuai untuk orng jauh yg tidak akan menggangu jemaah di dewan solat utama. Siap wifi percuma berserta pasword diberikan melalui screen TV di hadapan.
Allahuakbar.. sungguh besar pahala mereka yang menguruskan masjid ni.
Agak ambil masa juga kami di sini sehingga selesai solat dan menunggu untuk berdoa sekali dengan Jemaah Solat yang Utama untuk menghayati suasana dan doa serta nikmat berada dalam masjid ini.. aminn ya Rabb..
Selesai semua dan bersedia untuk berangkat. Dengan agak lelah BangRomlee ambil masa sekejap dlm kereta sbb sesak nafas kembali.
Sediakan keperluan.
"Jangan main² lah.. kita nk gerak jauh lagi ni, sapa yang lambat nanti tinggal sini balik jalan kaki."
"Faiq, Irfan ambil air isi dalam botol. Irfan isi air panas standby utk susu Uwais ni."
Abah serahkan botol susu adik.
Dalam menerima arahan tu, tiba² Si sulung mengambil botol air tu dan menukar botol air dari Faiq kepada Irfan. Jadi Irfan perlu mengisi semula air botol yang satu lagi.
Botol susu yang telah diisi dengan air panas sampai ke tangan Abah tanpa menoleh kebelakang siapa yang menghulur. Gelap dalam kereta.
Tanpa memikir panjang, anggapan abahnya yang Irfan sudah menyelesaikan tugas mengisi air dalam botol susu tadi. Dan mendengar suara anak² yang lain yg sudah berada dalam kereta, abahnya terus gerakkan kereta keluar pagar masjid dengan hati yang selesa selepas menunaikan solat.
Mendengar along dan faiq gelak-gelak.. "tengok Irfan tu.. kikiki.."
Tanpa sedar, ingatan abahnya yang mereka sedang berseloroh dalam kereta.. Rupa-rupanya Irfan belum naik lagi kenderaan ini..?!
Dalam keadaan sedia untuk masuk jalan utama depan gerbang utama masjid.
"Astagfirullahhala'zim.! La Irfan belum naik lagi..?!"
"Ingat abah tau yang Irfan belum naik lagi. Sebab tadi cakap siapa lambat kena tinggal.. ingatkan abah main²?."
"Ish..ish.. sbb tu lah jangan main². Abah bagi botol susu tu kepada tangan Irfan, jadi bila botol tu sampai semula ke tangan abah bermakna Irfan sudah selesaikan tugas dia.!" Pesan Si abah
Tambah lagi. "Abah bagi sesuatu tugas tu kena buat dengan betul, jangan orang lain cuba potong kerja dia..! Begini lah jadinya.." nasib baik tak kena tinggal.
Irfan terus naik kereta. Anak oh anak.. "along, hang buat perangai cam ni.. jangan buat lagi hiss...!" Kalau ikutkan marah ni, mau kena libas dengan rotan. Tapi itu nafsu amarah sebenarnya. Tempat orang, tak sesuai nak tunjuk skill huduh tu. Namanya pun dunia tipu-tipu. Keh keh..
Gerak terus. Nampak restoran seberang jalan depan masjid. Macam best.
Sekali u-turn.
Singgah situ. Belek² menu, "x jadi." Senang ja si ibu.. "mahal" baik makan KFC. Berkira.
Huh.. dengan rasa tak puas hati Si Abah terus tekan minyak tanpa kira lapar atau tidak.. terus memandu hilang selera makan. Sampai mereka ahli kapal terus tidur berjam² menempuh jem dan jalan tanpa berhenti. Terus ke KL.
Masuk KL jam 11.30 mlm. Satu perjalanan dan travel dalam negeri selepas hari raya.
Sudahnya.. Restoran Traffic Liht depan Raudatul Sakinah Batu Muda juga menjadi destinasi akhir untuk Dinner. Hah..! Tengah Malam..! Padan muka. Kuasa Pemandu sapa boleh lawan.!?.
"Semua sekali kena belanja abah pakai 'duit raya' masing² malam ni..kih kih.."
Alhamdulillah.. syukur sampai juga di KL akhirnya.. Aminn..Terima kasih semua orang sekeliling yang hebat² menemani perjalanan kami.🤲💕
Sampai juga Khamis 12.30 a.m.
Edit: 29.4.23.
(Format video tidak diterima dalam Blog ni.)
p/s- Bahagia mereka dengan cara mereka, tak perlu bermewah untuk merasai nikmat kekayaan hanya sekadar KECUKUPAN itu menjadikan kita manusia bersyukur..💕
RAYA 2023/1444H.
-TAMAT-
Terima kasih
ReplyDelete