Translate

Saturday, April 29, 2023

Episod-3. Perjalanan Selepas Aidilfitri 2023/1444H .(Utara-KL).(Rabu malam Khamis 26.4.23/5 syawal1444)

"Trut..trut .trut.. "

"Helo, Bani.. kami dah selesai Buat tampal tayar kereta. Plus Tolong td. 

So kami jadi ke Rumah hangpa, landing sana la mlm ni.."

"Ooo.. ya ka. Baik². Oder char kuew teoh ya.?"

"Ok.."


Dalam perjalanan, teringat kisah mereka berdua antara sahabat kami juga suatu masa dulu.. ketika belajar di Politeknik Seberang Perai 2001-2003. Bani dan faezah bersama BangRomlee adalah classmate. Dalam bidang teknologi Komputer di bawah Kej Elektrik &Elektronik. *Manakala Yaniey merupakan pelajar bidang Perakaunan serta housemate dengan Faezah ni(¹)*. Banyak kisah antara kami suka duka di zaman studen.. Ya lah, setiap orang ada kisahnya tersendiri. Asalnya Bani dan Faezah ni berkawan dan couple, kiranya cinta IPT lah.. so Sawittt. Hee... dan proses perkenalan BangRomlee dangan Yaniey adalah antara hasil dorongan Faezah dan Bani juga. Mereka terlebih dahulu mendirikan rumahtangga. hehehe.. 

Perkenalan yang hanya sekadar rakan sepoli, akhirnya manjadi teman sehidup semati ke jinjang pelamin bagi kami berempat. Dan ada lagi rakan² lain yg seangkatan dengan kami yg tak perlu dinyatakan dalam ni kerana ini kali cerita Kami sahaja. Hee .. ikut aku lah.. maaf na. Kalau nak diceritakan juga mau kita jadikan buku kisah pelajar poli gamaknya.. keh keh keh.. 

"Kerana Budi Aku Jatuh hati."

Ungkapan yang dicedok dari tajuk lagu. 

Dia sanggup menunggu sekian lama menyebabkan terjatuh hati. Dari dunia pelajar Poli sehingga bidang kerjaya, masih menunggu dan menunggu sehingga telah mengundang rasa hati ini. Uiiihh... Panjang cerita ni. Pendek ni ok kot.

"Dulu Acik yang bagi mak ayah along kenai. Depa ni baik kami ja yg nakal ckit.. minta maaf na.."

Berseloroh acik Faezah dengan si Along.. kih kih..


"Merapu nguh. Kita semua sama ja, tak dak yang baik tak dak yang jahat.."

"Seronok aku tgk kawan² kita yang lain berjaya."


"Ya lah.."

"Tapi berjaya tak berjaya kita bukan ukurannya.. ada setiap antara kita ni melalui kejayaan dari segi kesesuaian kehidupan dan kecukupan mereka kan.. Betui dak ?"


"Betui..wan.." 

Ada yg boleh ke sana ke mari dengan tenang.. itu lah kebahgiaan dan ukuran nya.. hanya mereka sendiri yang rasa nikmat itu.. aku bahagia dengan cara aku. 


Alhamdulillah.. terima kasih Allah pertemukan lagi kami dengan Sahabat kami. 

Panjang lebar bercerita 4 orang Rakan lama pelajar Poli PSP ni sehingga jam cecah 3.30pagi.. 

"Kih kih kih.. dah cecah 40 kan umur kita semua...?" Heee... 

"Ya lah.. 40 dah. Sekejap ja kan.. hmm.. hehehe.." 

"Bila jmpa lepak macam ni terasa muda balik."

"Hang ok ka Bani? Ya lah kami sampai lewat cam ni..?"

"Eh.. tak pa. Kadang² aku tengok bola pun lewat gak.."

"Ooo.." 

"Baik.." lega rasa dengan jawapan dari Bani. Mau taknya. Keta problem atas highway bukan kita minta, lepas tu sampai lewat lagi. Makan char kueh teow lagi dan sembang lagi.. hmm..


Malam itu berehat puas di rumah Faezah&Bani. 


Esoknya teruskan perjalanan ke Selatan lagi.. ke KL.  


"Bani, satu ja.. nikmat yang kita perlukan sekarang adalah sihat.. kalau x sihat, kaya sekalipun tak dak makna.." 

"Betui.." faezah mengiakan.


"Terima kasih Bani&ejah, Assalamualaikumum"

"Selamat jalan Wan, Waalaikumsalam."


Terima kasih Sahabat, terima kami seadanya.. sampai jmpa lagi. Semoga kita bertemu dan berpisah kerana Allah.. Amin ya Rabb.


p/s- tanda (¹) telah di edit semula dengan tambahan ayat. maaf na.🙏😁

No comments:

Post a Comment