Translate

Friday, April 28, 2023

Episod-1. Perjalanan Selepas Aidilfitri 2023/1444H(Utara-KL).


Alhamdulillah.. masih diberi kesihatan lagi membuka mata tanpa tongkat dan bergerak secara berdiri di atas kaki sendiri.
Perjalanan ke Kuala Lumpur yang dirancang berjalan dengan baik.

Jarak dari Jeniang/Gurun-KL cuma lebih kurang 300km(+)(-) shj. Tetapi corak dan suasana dlm perjalanan tu menjadikan ia 1000km dengan penuh warna warni nikmat yg hanya berlaku sekali dalam setiap peristiwa perjalanan itu. Tidak mungkin berlaku lagi untuk 'next trip' walaupun dengan jarak yang sama dan laluan yang sama. Walaupun ketika melepasi jambatan kecil pernah berlaku kelip mata dan 'trip kedua' mungkin 'timing' kelip mata tu tak sama.. kan kan..?

Kenapa.? Sebab hanya mereka sahaja Allah pilih untuk merasai apa yang mereka lakukan. Setiap nikmat Allah bagi kepada kita tidak akan sama dengan insan lain yang melata di muka bumi ini. Alhamdulillah... Allah telah hadirkan insan-insan yang baik dalam perjalanan kali ini. Subhanallah...

Perjalanan BangRomlee Bermula sebenarnya dari Kelantan. Selepas beraya di Pantai timur, Family BangRomlee akan ke KL. Tapi x adil kiranya masa yang masih ada tanpa perlu kejar waktu persekolahan atau kerja. Jadi setiap tahun kami akan spend kan masa sehari atau dua hari sebelum atau selepas untuk rehat badan di KL sebelum memulakan sesi kerja atau persekolahan anak². So, Ke Kedah lah kita..! Byk taik Abang Jah telinga besaq sepanjng Jalan Gerik tu dari RNR Titiwangsa ke Gerik.

Jadi masa tu masih ada lagi.. dengan perbincangan pendek antara suami isteri. Maka, terus gerak ke Kedah. 
Melalui Rantau Panjang-Banjaran Titiwangsa-Gerik-Pengkalan Hulu -Baling-Jeniang. 
Di Baling BangRomlee singgah di masjid hijau Masjid Omar Zuhdi namanya. Parit panjang,Baling. Dekat roundbout depan Petronas. Antara masjid yang cantik dan comey. Masih ada 'Gendang Waktu Solat'. Teringat dulu kat kampung BangRomlee ada gendang ni..!
Setibanya di Kedah. Terus ke Tanah Perkuburan, Ziarah Kubur Insan tersayang di Tanah Perkuburan Masjid Al-Naim, Bt9. Itulah Emak, Ibu mertua kepada isterinya..seorang yang rendah, separas bahu, putih sawo matang, muka bulat, mata agak bulat, selalu berbaju kedah di rumah, antara salah seorang pemegang rekod latah dalam keluarga. Heee... 
Pernah sekali Kak Ros(kak ipar) dalam baru berumah tangga dengan Arwah Abang Cag. ketika tu, terus ke dapur dan mengejutkan Arwah mak dari belakang dengan pegang bahu sambil mak tengah potong sayur, latah mak terus menjadi dengan toleh badan sambil latah beraksi hendak menakek kedepan.. menjerik Kak Ros.. riuh rendah kat dapur masa tu.. kehkehkeh.. ha. Kacau lagi..!! 
BangRomlee terus ajak Si Sulung dan adik² baca Surah Yasin untuk sedekah kepada Arwah Mak(Syahrifah bt Yahya) dan Tok(nenek) (Hjh Aisyah). Selesai sesi, terus ziarah Abg Chik di rumah mereka Bt9,Jalan Jeniang, Gurun.

Selesai ziarah Abg Chik, Terus gerak ke Zon Bendang, tak sempat ambil gambar Kawasan Bendang sbb cuaca dah nk gelap. Dan kaluit nak sampai shj. Suasana yang sgt cantik permandangan Sawah padi di situ, Segantang Garam- Kampung Bujang. Selesai Makan malam terus gerak ke Sg Petani selepas Isya'. Agak sedih kawasan Segantang Garam sudah bertahun² lamanya di rundung masalah air paip. Terjejas sudah bertahun. Di harap dengan bantuan bekalan air bersih dua hari sekali. Ish.. ish.. ish.. sejak zaman Tun. Mungkin ada sinar di zaman MB la ni. Sbb dengar ura² sudah bermula projek paip besaq menghala ke Bedong. 

Jam 10.00mlm rasanya. Sampai di Taman Ria. Lepas ribut magrib tadi. Ada perasan sebuah gerai zink bentuk stall bebumbung tumbang di tepi jalan depan masjid Taman Ria(Masjid Al-Muttaqim kot nama). 
Selalu pegi masjid dulu ni masa mula dibina dalam hujung tahun 90an masa ulang alik Rumah Kak Sulung ni dari asrama Sekolah teknik.

Semua sekali mandi untuk satu Family BangRomlee di sini. Segar. 
Jam 11.30mlm(agak²). 
"Allah... Ni nak gerak malam² ni buleh ka dengan kesihatan cam ni.?"
"Insyaallah boleh. Klau x boleh sat gi kami singgah rumah mber area BM tu.."
"Lagi pun jalan santai².. cuti² malaysia.."
Masa yang ada dengan situasi yang Allah kurniakan kepada keluarga mereka dengan kesederhanaan. Lain keluarga lain caranya mereka mengolah perjalanan.. 
Bagi keluarga BangRomlee bajet untuk bercuti digabungkan sekali dengan balik kampung dan percutian. 
Maksudnya: Dalam perjalanan pulang, mereka akan melalui jalan biasa dan amalkan konsep singgah tempat² menarik. Tak mustahil dalam suatu perjalanan yang hanya 8jam tu memakan masa 2hari. 
Haaa.... Kan..? Allah tarik Mak-Ayah, Allah beri keluarga sekeliling dan cara lain untuk kebahagiaan mereka.
Syukur Alhamdulillah..

-Bersambung-

Edit: (Jumaat.28/4/23-7Syawal1444)

No comments:

Post a Comment