Perjalanan diteruskan ke Selatan.. dengan berbekalkan kesegaran dan Air Kopi 3in1 yg BangRomlee minta Wahida(anak sedara) buatkan. Menelusuri jalan dalam bandar Sungai Petani terus ke Sungai Petani selatan area Taman Sejati dan masuk Tol.
Dalam perjalanan bermula dari susur SP Selatan jalan dah mula perlahan dengan banyak kenderaan menghala ke selatan. Mungkin ada yg sudah bergerak untuk kerja esok hari(Rabu).
Detik Cemas.
Situasi kemuncak berlaku di kilometer 121.7 menghala ke Selatan, highway Utara-Selatan. "Gêdêk..gêdêk..." Bunyi sesuatu pada tayar kereta yang dinaiki itu..
Zon Sungai Dua sangat sibuk dengan kenderaan ringan dan berat. Kebetulan pula musim perayaan.. sehinggakan tak berani untuk keluar dari kereta. Sangat laju kenderaan lalu-lalang.
"Allahuakbar.. tengah malam ni.. kan dah pesan ari tu minta beli jack kereta yang hidraulik tu.?"
"Abg nk suh beli, kita ni mana tau nak beli macam mana.!"..
Hmm.. x penah kalah.
Berhampiran Sungai Dua. Ya Rabb.. jalan x putus² dengan Kenderaan laju², lori dan bas yg agak merisaukan. Dengan keadaan Kesihatan tak mengizinkan..
1800 88 0000 Plusline 24H. Khidmat bantuan.
"Salam sejahtera talian Plusline, boleh saya bantu.?"
"Ya, sy perlukan bantuan kereta kami ada masalah tayar di KM 121.7. "
"Ya puan, arah mana. Dari mana ke mana.?"
"Hmm dari SP ke Seberang Perai."
"Boleh bagi maklumat kenderaan puan?"
"Ya, Kereta Exora kelabu, Plate V... bla bla.."
"Saya ulang ya , Kereta Exora kelabu, nombor daftar.... , di kilometer 121.7 arah selatan, baik dalam 30minit kend peronda plus kaler biru putih bernombor daftar Bla..bla.. minta puan jangan terima pelawaan selain dari kenderaan tersebut, terima kasih. Ada lagi yang boleh bantu.? "
"Tiada, terima kasih."
Terus terfikir satu kejadian akak yang berlaku ketika bulan puasa baru ni, yang menunggu dekat 2 jam lebih tengah panas atas hway.. hmm..
"Bagi tau Bani ngan Faezah yang kita x jadi singgah rumah depa sebab 'emergency' atas highway ni..!"
Tak sampai setengah jam, kelip² lampu peronda dari belakang..
"Alhamdulillah.. Allah hantar kan bantuan sesuai dengan situasi kita sekarang ni... Alhamdulillah, terima kasih Allah."
"Salam enc, tayar pancit belah mana.?" Loghat utara.
"Saya rasa belah kiri."
"Encik kedepan ckit, bahaya ni kita dekat selekoh. Kedepan lagi jalan lurus sana tu.."
"Ok ok."
Bergerak kehadpan dalam 50meter.
"Tu belah kanan, "
"Cam na Cik nampak. Sbb rasa bawa td macam belah kiri.?"
"Masa encik bawa td lampu suluh nampak ada benda di tayar kanan."
Tengah pasang,
"Byk ka kes hari ni Cik?"
"Byk gak."
"Brpa jam ni Cik.?"
"Ikut shif, klau mcm musim raya ni 12jam gak. Sbb ramai yg cuti."
"Ooh.. "
Mulia kerja depa ni..
Sangat banyak kenderaan lalu, paling gerun lori².. peerghh.. situasi yg sangat cemas.
Allah bagi ujian dan nikmat pengalaman untuk kita sentiasa bersyukur dan selalu berterima kasih.. setiap perbuatan kita merupakan ibadah sekiranya kita mengingati Allah. Alhamdulillah..
Jangka masa yang singkat, antara 1jam bermula dari panggilan dibuat sehingga selesai tampal tayar.
Besaq mattt skru terus yang tercucuk pada tayar. Skru saiz 14 panjang lebih kurang 2½inci. Uiihhh... Masalah depan x tajam pun. Saja nak jadi.
Alhamdulillah.. selesai, semoga Encik Plus tu dimurahkan rezeki dan bahagia sepanjang hayat.. Allahuakbar.
Bersambung..
Edit: Jumaat 28/4/23(7Syawal1444)
No comments:
Post a Comment