Last edit: 08Apr23
(Dalam Ramadhan 2023/1444H)
Boleh juga Untuk Rujukan kepada warga luar yang nk try nnt boleh buat rujukan ni.
"Anda dinasihatkan supaya memakai pelitup muka semasa berada di dalam MRT." Suara keluar dari speaker sebelah atas BangRomlee.
"Uiihh.. dia nampak aku ka dalam train ni.?"(suara hati).
"Stesen berikutnya, Jalan ipoh."
Cepat² tarik 😷 bagi penuh kat hidung sekajap. Dok ingat operator suara tu nampak kot yg Dia tak pakai ni.?
Lepas pintu dibuka di Jalan Ipoh,
"Anda dinasihatkan supaya memakai pelitup muka semasa berada di dalam MRT." Berbunyi lagi.
Ohh.. rupanya memang auto sound lepas pintu ditutup. 🤣
Hilang sekejap masalah Kesibukan Jalan Raya, hadap jem, hadap cuaca panas. Boleh kembalikan Flowler muka dengan Produk MaryKay..!
Ke Serdang kita pagi ni.. ikutkan keras hati memang dia merembat dengan moto sahaja ke sana. Dekat 36km gak. Memandangkan Kesihatan x brpa mengizinkan dan takut berlaku perkara yang tak sepatutnya. Oleh itu, terpaksa turunkan ego.
Bertemankan Isteri sorng ni.. parking moto beliau di stesen berdekatan(Kampung Batu). Aura MRT ni lain macam feeling dia. Naik exculator tinggi melangut.
Sentuh Kad Touch n Go shj. Kalau susah sangat Tak Ada Touch N Go, gunakan shj ic kamu itu dan bayar di kaunter..!! Ada juga tempat beli token macam LRT.
Dulu² BangRomlee selalu masa dok KL layan Putra LRT, Star LRT. Tapi skrng ni semua di bawah satu bumbung dipanggil RAPID.
Untuk info Kawan². Kelebihan Penggunaan MRT ni bawah RAPID boleh beli terus pas bulanan RM50 sampai lebam utk sebulan.
Kira kos.: Kira minyak, kos parking, kos tol hway-KL. Beratuih sebulan baqhang.! Sib baik tempat kerja BangRomlee selang dua atau tiga pintu pagar shj dan 2 trafik light(ikut pintu belakang).
"Yalah.. Keluar pagar rumah, lalu jalan raya, masuk pagar tempat kerja-masuk lagi satu pagar gudang kerja.!" X faham.? Nak lukis.? X larat.!! Faham?!
"Tingtong.. Next station Kuchai..!" Hmm... ikut janji temu jam 8pagi. Hadap ja lah. Dengan terkial² nk tgk laluan perjalanan ke Serdang. Lewat dah ni sampai.
Hmm... Rupanya ada 4 Stesen yg berkaitan dengan serdang boleh. Stesen MRT Serdang Jaya, Serdang Utara, Serdang Selatan, dan UPM.
Melayan laluan atas dan laluan terowong akhirnya sampai UPM. Tet.. Rm3.50.
Bini BangRomlee book grab. 6minit sampai. Kena lagi Rm10.30.
Settle urusan Serdang. Dah dekat 1ptg.
Grab Rm11.30 plak. Pick Hour lah kot.
Sampai Balik stesen tadi. Melayan gak ngan MRT ni. Alhamdulillah ku berada di negara yang boleh dikatakan canggih dengan perkhidmatan seperti ini.
p/s: Harapan BangRomlee satu ja.. Harap rayat kita pun canggih minda seiring dengan pembangunan yg ada.. Sampah tidak, conteng tidak, kotoran tandas tidak. Jadi bersih semua.. Insyaallah.
note kaki: Masa tgh taip ni ramai gak mat saleh dan minah saleh lalu tepi BangRomlee naik tangga sbb kita tengah rehat di tangga batu. Ujan Lebat dan Ribut.!
Kira costing:
Kg Batu- MRT UPM Serdang= RM3.50
Grab 9pg(MRT UPM - Klinik Pakar Serdang)= Rm10.30(12minit perjalanan).
Grab 1ptg(Hosp Serdang- MRT UPM) = Rm11.30
MRT UPM-Kg Batu = Rm3.50
(3.50/org)+(3.50/org)+10.30+11.30
= RM 28.60 (X letih, sesuai utk i yg x sihat ni.)
Ini page aku. Suka ku lah. Kalau lintas x suka unfriend please.🙏
No comments:
Post a Comment