Translate

Friday, November 13, 2020

Anak-anak Abah

Anak2 Abah.

Pagi itu.. 
Kiranya betul lah hari ini pagi sabtu.. Allahuakbar Allahuakbar.. (berkumandang azan dari hp Ummi). Selalu ummi dah 'on' notification dari aplikasi solat dari Playstore dalam handphone oppoA-9-2020 yg dibeli secara ansuran.. biasa lah Abah pun beli juga hp tu. Nk sedondon lah katakan. Pakai upgred talian sekali pakej hp. Punggah.. tanggunglah selama 2tahun.

Teringat lepas latihan smlm. "Abah, esok kejut Along subuh awal ya, Along nk pi taman kayuh basikal." "Okey". 
"Faiq pun sama abah, Nk jogging dgn Mikail". "Okey". 

Selesai subuh. Lewat lah pagi ni.. hmm.. 6.30 baru bangun itu pun lepas brpa kali jam bunyi lepas notification Azan td. Ishh.. Astaghfirullah.. smlm habis latihan diaorg pun dah jam12mlm. 

"Suruh Ahmad Minum air Milo dulu". Pesan abah nada sembang dalam bilik kepada Ummi supaya 'both of' hero tu ambil sarapan dulu sebelum keluar rumah nk berbasikal di taman tasik blkng perumahan tu kununya..hmm.. 
"Ahmad...! Minum dulu". 
"Ya.. "

Begitulah abah, ambil berat dari jauh tanpa menunjukkan secara berdepan.. mungkin itu sikap seorang abah yg memimpin keluarga dari perspektif diri sndiri. 

Sikap ibu, pantau jarak dekat. Si abah secara Menyeluruh. 

Niat abah utk berjogging dengan Baju sauna baru beli dari Lazada. Tp pagi tu cam x jadi pula..ish ish.. 

"Faiq.. x jogging ka pagi ni..?".
"X jadi, Mikail x dak kat rumah.."
Hai anak .. 
"Xpa lah. Faiq buat keja sekolah ja lah kat rumah. " Berat dia sbb x dak kawan nk jogging. Hmmm.. 

Abah kluar juga dari rumah. Start moto. Terus ke warung kak umi tepi pagar. 
"Nescefe ais minum kak umi." 
"Mana BangRomlee pagi ni.?"
"Saja kak, tgk mana hero sorg tu pi kayuh, baru mula kayuh keluar ngan kawan2. Tgk dari jauh.. ni. "

Abah selalu cam tu. Sebelum kluar td... 
"Ahmad. Ambil beg abah jap."
"Ni abah."

Belek2.. ish x cukup lah, ummi amik seringgit dua bg bekal hero tu.. "Nah amik 3ringgit ni". Dalam hati abah ada rasa yg dia mungkin perlu juga kat depan tu nnt. Kalau kawan2 membeli minum ka nasi lemak ka, dia pun mungkin teringin kot. Itu lah abah.. 
Bisik2 ke Ummi.. buat itu buat ini, abah hilang.! Kat luar apa abah buat..? Hmmm... Keselamatan, keselesaan keluarga, keharmonian dan ketenangan perlu seiring.. kekemasan rumah boleh diserahkan ke Penghuni lain lah. (Kena kat dia) ya lah ini hasil tulisan  dia.. cerita dia. Kalau nak cerita yg sedap kau buatlah ayat ikut alur cerita kau.. kehkeh.. 

Selang berapa ketika, muncul anak abah sorang ni dengan basikal dia. "Mana yang lain.?" 
"Tu kat balakang."
"Nak minum, makan tak?"
Geleng kepala tanda x perlukan lagi makan waktu skrng. Mungkin dia x rasa lapar lagi tu. Mungkin juga masih dalam 'mood' kayuh. Tengok belakang Adip dah sampai. Terus 'depa' sambung kayuh hala ke pintu masuk kwsn perumahan mereka. Dalam hati kecil abah, lega dah Ahmad dah selamat tiba dekat pagar rumah tu.. Itu lah Abah. 

Semua anak2 dilayan sama rata tidak berbeza walau sedikit pun.. setiap mereka ada watak sendiri. Satu, dua dan tiga Ahmad. Nama depan sama. Layanan kepada mereka akan sedikit berbeza sbb watak berbeza. Sulong tidak ada kebergantung dan perlu sokongan induk utk jadi pembimbing kepada bawahnya nnt.. 

Itu lah anak2 abah.. 

p/s- jgn ganggu emosi kamu.
- hari ni ada masa ckit menulis.huu.. 

19Sep20.(Untuk anak2 abah).

Ahmad Ke-Tiga

Si Ahmad ke-3. 

Jam 12.30 tgh hri. Lewat lagi ambil sekolah.. ish maaf lah..
"Abah2, Cikgu suruh Ahmad masuk pidato.".. 

"Hah..! Apa kelebihan awak ni.?"
"Napa cikgu pilih Ahmad pidato?."

"Tak tau lah abah."
Kat rumah. 
Whasaap masuk.. 
("Salam puan, anak puan saya nak masukkan dalam senarai peserta pidato wakil tadik kita ni nnt.")

"Abang, cikgu whassap ni.".
"Nah..."
(Dalam hati, geli ngat). (Boleh ka anakku ni..) hee.. 
Ikut lah ummi oiii.. ekekekek..

Dah seminggu latihan utk masuk pertandingan Pidato peringkat KEMAS. Dekat sekolah mmg nmpk ckit menonjol dgn gaya bahasa lentok bercakap dengan Cikgu Fatin tu.. ada budi bahasa di situ. ya kah?  Hmmm... 

Hari ni dah masuk hari ke berapa kah.. Nmpak ada perubahan lah Si Ahmad sorg lagi ni.. ada kelancaran dalm membaca. 

Biasa lah anak oi. Abah dia Dulu masa umoq 6tahun tadika pun x pi. Ekekekek.. membaca jauh sekali lah. Tadika ada buka kat kampung tp x dak org nk hantaq. Arwah mak Abah menoreh getah. Masa tu harga getah 'Ketul' atau orang kampung panggil 'getah Sekerap' baru 5kupang sekilo. Alaa.. tu yg kaler putih tu.. bau dia syahdu ooo.. "Keng...!!!". Sbb tu otak geliga sbb bau dia melekat.ekekekekek.. 

"Hari ni hafal tak pidato?". 
"Belum lagi..". 

"Ish.. nk kena rotan ni.., hafal lagi, Nk masuk pidato kena byk hafal.." gaya Abah marah macam abah hebat sgt berpidato.kui.kui.. 
Eh, bukan biasa2 cek oi.. dulu Beliau pernah masuk kelas Pidato lah dgn tenaga pengajar dari Akademi Nusantara. Satu semester lah bkn seminar sehari dua.. siap belajar gaya bahasa lagi you.. 
Teknik lontaran bahasa, teknik alunan Nada. Wave suara. 

"Kalau tidak kerana bulan, 
Masakan bintang terbit tinggi, 
Kalau tidak kerana saudara saudari sekalian, 
Tidak saya hadir di sini.." 

"Assalamualaikum pembuka bicara..  "

Haaa... Itu muqadimahnya.. yang sama batch ngan Abah tahu lah gaya dia cam na.. 

Ahmad ke3 ni x tau lah cam na.. seusia 6tahun ada level dia sendiri.. tidak lah Abah harapkan cemerlang seperti Eizzat Al Haieyy(6tahun) semasa 2016  lalu. Beliau adalah Kanak2 johan dalam pidato peringkat kebangsan pada tahun itu. 
Pada Si Abah.. 6tahun sudah cukup hebat dengan pencapaian dalam kelancaran membaca.! 

Ingat baru2 ni. Si Ahmad ni gelak mengekek masa baca komik 'Mat Gempak'. Menandakan dia faham apa jalan cerita komik itu. 
Konsep dalam komik ada ruang2 dan kotak2 utk beralih satu babak ke satu babak yang lain.. ada setengah babak tu beralih ke sebelah dan ada babak akan sempit kotaknya dan Kotak panjang.. dan ada juga terus pindah babak ke kotak bawah.. haaa.. kau faham kah apa yg cuba disampaikan ni.. 
Kalau faham bermakna kau pernah baca komik. Kalau x faham tanyalah Ahmad yang ketiga ni.. huuu.. 

"Okay, cakap tengok abah nak dengar ?". 
"Cakap cam ner."

"Ala.. cam cikgu ajar tu.."
"Ok, berdiri kat sini, hadap sebelah sana, kat depan ni ramai Org tengok ni."
"Tak der pun orang.?"
"La.. ini macam ada orang lah."
"Cam ner.?"... 
"Cam ni lah. Ahmad diri kat sini, Kat depan Ahmad ni nnt ada orang lah yang tengok, cikgu ngan kawan nnt.". 

"Ooo..."
"Okey, baca pidato tu.. jap. Seterusnya, mempersilakan Adik Ahmad.. dengan pidatonya Sayangi Malaysia Ku. Dipersilkan."
"Cakap..".

"Assalamualaikum dan Salam sejahtera, yang mulia Tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang berpegang teguh pada paksi keadilan, penjaga detik yang patuh pada waktunya, guru-guru dan hadirin hadirat seterusnya rakan2 sekalian." 
"Apa ehh.. lupa lah.". 

"Nah.. lupa lagi. Cam na nk pidato ni.?".

Hari berikutnya.. 

"Abah hari ni cikgu cakap Ahmad dah ingat,. ".

"Ha cam tu la. Nanti belatih lagi."
"Ok."
Kat rumah, 
"Hari ni jangan main, kalau x boleh hafal jgn main." Tinggi suara ummi. 
Bukan apa. Cikgu bagi peluang tu bermakna cikgu mula beri kepercayaan kepada anak2 muridnya.. mungkin dia nmpk ada potensi kalau diberi peluang tu.. Carry on ja lah.. 

Cuma perlu ingat, kalau nk buat sesuatu tu.. biaq buat betul-betul. Kalau x mau buat jangan buat terus.. sepanjang seminggu dua ni brpa kali dah Ahmad ni kena rotan sbb main2. Haaa.. baru dia tau. Pernah sekali tu, sampai Abah x bagi dia baca terus kertas pidato tu.. sebab dia mengamuk letih.. Biasalah 6tahun bnyak guna emosi nk berlatih pun.. ngantuk lah, letih lah, nak main lah.. hai anak.. terus lah anak oii.. cuma nnt jgn reyau sudah atas pentas.. huuu.. boleh cakap x pa dah kalau x dak gaya pun.. 

Hari Khamis ni tau lah dia. Kaku di pentas kah.. sengeh di pentas kah. Ataupun cakap terus x berhenti.. "hentam sajalah". Kata Pendekar Mustar kepada bujang Bujang Lapok kalau sumbang langkah.. ekekekek... 

Rehat dulu nnt sambung lain.. 

(Selasa malam 22/9.)
(Seminggu selepas hari malaysia).

Pinjam Basikal

Pagi terasa sangat gundah. selepas bangun rupanya berjaga malam sampai lewat tertidur pagi Si Ayah langsung tidak sedarkan diri dan terlepas subuh. 


Begitulah rutin Dia berada di kediaman baru. Menyertai rukun tetangga taman perumahan menjadi satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh. Bergaul dan sentiasa bertegur-sapa menjadi perkara penting. Nabi kita pernah berpesan 40 hadapan, kiri dan kanan adalah jiran kamu. Maka kita berbuat baik lah paling kurang senyum lah 😊. 

Berjaga malam dalam menjaga keharmonian kwsn kejiranan mereka merupakan tanggungjawab bersama yang dipikul oleh setiap penghuni Taman Bakti Setia yang didiami BangRomlee sekeluarga. Seminggu sekali mungkin, jarak waktu yang akan ditetapkan oleh Pengerusi Taman bagi memestikan keharmonian Taman sentiasa terpelihara. 

Selasai bersih badan pagi tu BangRomlee mula masuk 'sarang'. Ya lah, semalaman mata kelip pok kelip pok sengkang akhir tewas jam 4lebih pagi. Masuk 'sarang' dengan tujuan rehat badan sbb sebelah petang nnt akan ada urusan kerja yang tertangguh di pejabat beliau. 

Petang. 

Mulakan kerja seperti rutin seorang pekerja yang makan gaji bulanan yang lain. Masih baru dalam bidang itu. Sbb memang tidak pernah lalui kerja tersebut sepanjang beliau bekerja. Satu yang baru bagi seorang yang hampir mececah lewat 30an ini..

Ada perkara yang baru bagi BangRomlee setiap hari-harinya dalam rutin kerja beliau. Tekanan hanya Dia sahaja lalui yang tidak dapat disampaikan walau berkali-kali dibincangkan dengan sahabat rapat sekali pun.. susah diterjemahkan dgn kata-kata kerna perkara yang dilalui beliau bukan lah dengan kata-kata semata, tetapi bercampur perasaan, ilmu dan pengalaman. Betullah peribahasa "Jauh Perjalanan, luas permandangan." Pengalaman adalah perkara yang dilalui oleh orang yang melaluinya. Tiada harapan BangRomlee untuk mengajak sahabatnya turut serta dalam situasi beliau itu, cuma terkadang beliau terpaksa berkongsi sesuatu yang dilalui itu agar bebanan beliau terasa sedikit ringan dengan kekuatan baru yang disuntik oleh sabahabat beliau Si Mohd sorg ini. 

Selasai waktu kerja petang itu BangRomlee pulang dengan keadaan yang bercampur perasaan gundah.. minggu ini terasa agak keberatan dan beremosi bagi BangRomlee, entah kenapa. 

Sampai di rumah BangRomlee ternampk gelak tawa anak-anak di kawasan kejiranan mereka. Sebelah petang merupakan waktu yang dinantikan bagi majoriti kanak-kanak kejiranan mereka. Sungguh riang mereka dengan aktiviti sendiri. Ada yang berbasikal,  ada yang bermain kejar-kejar, ada yang bermain 'bola jalanan', ada yang bermain timbang-timbang bola semacam orang dewasa mermain sepak raga bulat. Rata anak-anak ini 4 ke 12tahun. Sngat ramai bagi mewakili setiap rumah di kediaman mereka masing-masing. 


Terlihat anak BangRomlee yang ke-dua tercegat menunggu kawan-kawan yang sudi tumpangkan basikal mereka😒.  Tersentak satu situasi yang sangat menyentuh perasaan BangRomlee tiba-tiba. Aduh... 

BangRomlee sudah sedia maklum perihal ini. Setiap hari salah satu perkara ini sentiasa bermain difikiranya.. basikal Putera Ke-dua ini sudah rosak dah seminggu. Gara-gara 'bush' belakang sudah 'loose' dan skru juga 'loose' tercampur 'bearing' yang pecah akibat basikal anak-anak BangRomlee sering ditunggang dengan agak agresif setiap hari.

"Ish.. abah kena beli basikal yang yang betul-betul besi yang x pakai skru ni Ahmad."

"Kanapa Bah?"
"Yalah.. asyik rosak ja ni."
"Mahal ka Bah?"
"Hmm... Mahal lah. Tp abah x cukup duit lagi."

Masih tercegat Ahmad ke-Dua td tunggu kawan yang sudi nk tumpangkan basikal. 
Terus BangRomlee tongkatkan motorsikalnya. Dalam perasaan yang sedikit terkesan dengan situasi anak beliau. "Along, mai sini kejap." Memanggil si Sulong yang sudah bersama basikalnya menunggu rakan-rakan lain.. 

Terus Si Sulong datang.
"Ada apa abah?"
"Along bagi pinjam basikal kat Ahmad Ke-dua kejap?".

Berubah wajah Si Sulong..😒
"Abah x sempat lagi nk repair basikal Adik ni."
"Hmm.. boleh lah😞. 
"Along pakai basikal lipat abah yang kuning tu, na., Kesian kat Ahmad ke-dua tu. Dia nk tumpang basikal kawan dia, basikal tu tak boleh naik dua orang. Nnt 'gaji' abah repair basikal dia, tolong na.. kesian kat dia."
"Ye lah...πŸ˜”."

"Ahmad Ke-dua mai sini, pinjam basikal along dulu. Nanti pulang balik tau."
"Ok."

Alhamdulillah.. reda sekajap satu perasaan gundah yang Bangromlee bawa balik td dari tempat kerja.

Dengan berat Sulong merelakan situasi tu. Mungkin ini satu pelajaran yang kebetulan berlaku buat BangRomlee dan juga kepada sulong. 

Satu. Gembirakan anak2 buat hati jadi tenang..
Dua. Kekuatan dalaman penting bagi along dalam menusuri hidup sebagai Si Sulong. 
Tiga. Sikap tolak ansur yang ditunjukkan buat abahnya terkesan dan berharap ia menjadi satu nilai murni yang kekal buat kamu dewasa kelak. Insyaallah...

P/S-Sisipan buat Simpananku. .

Wahai Ayah, Abah, Papa..

Wahai Abah, Ayah, Bapa... 
Jadilah pendengar yang setia dan penyampai yang jujur kepada anak2.. 

Jadilah Contoh yang terbaik kepada Anak2 kamu. 
Jikalau kamu tgh bersedih atau runsing kerana Kesemua kambing peliharaan kamu mati atau ketika Kamu stress kerja atau kamu tgh khusyuk melayan Whatsapp bisnes sekalipun, bila Si Anak bertanya sesuatu soalan kepada kamu... Maka jawablah dengan sopan. 


Kerana jawapan yang sopan boleh menjadi contoh yang baik kepada anak2mu.. 
Didik anak2 seawal mungkin sbb dari kita kain putih itu. Dicorak. Mungkin susah kaum ibu 9bulan menanggung.. tp susah lagi membesarkan selepas lahir hingga bertahun. 

Semua impikan anak2 yang cemerlang, hebat. 
Tp soalan anak ketika kecil bertanya, kau jawab dengan nada dan jawapan yang x sesuai untuk peringkat usia anak kecil itu.. oh..tanpa fikir panjang kesan kpda anak itu.. Sedih BangRomlee waktu melalui jalan itu.. 

"Dady.. Dady... boleh ke print kerja sekolah i..?"
"Ink tak ada..! "agak tinggi nada itu kepada seorang budak.

Beredar budak itu dari tempat dia berdiri mendapatkan rakan2 sepermainan yang lain.. 

BangRomlee rasa sedih dan terkilan waktu itu. Insyaallah dan kita semua mohon supaya perkara ini terhindar dari Keluarga kita semua.. amiin... 

Teringat pada kata2 seorang rakan kerja BangRomlee waktu di tempat kerja x lama sebelum BangRomlee Jatuh Motorsikal ke dalm longkang.. hmm agak besar longkang tu.. "nyaris masuk sebiji moto ku huh". 


Rakan pernah berpesan. "Jadi lah pendengr yang Setia kepada anak2, pasanganmu, dan keluarga mu serta rakan2 atau kenalanmu..."😁

Sama2 kita berdoa.. 
P/s - x ada gambar lah..

Monday, September 28, 2020

BACALAH ANAK-ANAKKU..

Bacalah anak2 ku... 

Dah masuk banyak bulan mereka berpindah ke kawasan baru..
Tinggalkan kawasan kediaman lama yang padat, utk meneruskan situasi agak santai ala2 susana desa di tempat baru.. kiranya BangRomlee boleh sesuaikan diri dengan kawsan bru mereka itu.. dengan Keadaan jiran2 yang baik yang rata2 anak2 tempatan dan ada antara mereka merupakan generasi kedua. Pelbagai bidang kerja mereka.. ada yang Nurse, dan x lupa yng kerja pejbat.. dan ada yang bhgian cabang kerajaan yang lain. 

Sejak mula pindah, BangRomlee sudah pernah bertanya seorang rakan beliau yang sudah menetap lebih awal di situ x jauh dari rumah BangRomlee sekarang.. jawapan agak mencuit hati..
"Cam na aku nk bagi tau.. aku pun anak kecik lagi, mana tau ngji lagi.."
"Loorr.."

Sudah bnyak kali di Ulang-pesan kepada isterinya. 

Pernah sekali itu BangRomlee mengatakan kepada isterinya supaya berjumpa dgn isteri jiran mereka utk bertanyakan soal kelas Iqra' anak2 mereka.. 

Sejak mereka berpindah disitu hnya sekejap sahaja anak2 mereka belajar iqra dan Quran dengan Seorang Ustazah di sekolah agama di kawasan Kediaman mereka.. tapi atas sebab yang tidak dpt dielakkan  maka, kelas kelas itu tidak dapat diteruskn... Kesian kepada ank2 mereka. Kurang satu Makanan iman. 

Hari demi hari mereka bakal membesar dan meningkat usia. Asakkan dari pelbagai pihak sangat kuat. Pengaruh media pengaruh rakan2 pengaruh persekitaran.. uh sangat hebat bagi mereka zaman sekarang .. Oh... Jati diri mereka perlu kuat.. olahan acuan perlu diteruskn dalam usaha peringkat rebung selayaknya sekarang sudah diteruskan.. Dengan Kekuatan beliau seorang kiranya BangRomlee tidak kuat untuk membuat lenturan buluh itu.. Dia perlukan rakan utk menarik dan kekalkan bentuk buluh itu... 

Amanat mudah BangRomlee kepada isterinya. 
"Awak pi lah tanya bini jiran kita tu.. minta suruh dia ajar hero2 tu bagi pandai lagi Iqra ngan Quran tu."

"Ish... Awak pi lah."
"Dah. Kita dah tanya laki dia dah, laki dia kata bini dia tu elok tya sendiri kat bini dia. Yang ngajar tu bini dia."

Senyap...
Terkadang, sikap malu ni pun perlu dielakkan supaya perkara negatif tidak melekat dalam diri kita.. 

Masih ingat masa kecil di kampung dulu BangRomlee pernah ngaji dengan Arwah Ibu, oh sangat beliau rindui saat itu. Sewaktu di asrama saat setiap manusia tidak inginkan khabaran sedih kepergian Ibu tersayang sampai ketelinga ketika itu.. (Allahu maghfirlaha Warhamha..).(mungkin babak yang lain boleh diketengahkan situasi ini..hmm..).

Tiap hari BangRomlee memikirkan perihal Hero2nya.. 

"Buat apa abah?"
"Ni abah nk buat rak dalam rumah tu."
"Buat apa rak tu."
"Ya lah, barang sepah sangat dah. Tak tau abah nk letak mana dah. Kalau kita buat rak nnt kurang sikit sepah dalam bilik tu."
"Ooo...."

Begitulah kalau free BangRomlee akan ke belakang rumah mereka utk ketuk2 potong2 papan kayu yang ada buat apa yang dirasakan sesuai. Kadang2 beliau beli saja papan dan besi 'racking' dekat kedai Hrdware Alvis sebelah jmbatn dekat kawasan perumahan mereka tu..  Alvis tu sampai save nombor telefon BangRomlee. Dah macam kontraktor perabot gayanya. Keh keh.. 

Yalah, mau tidaknya. Masa tidak sibuk dulu Beliau pernah ambil barang dengan jumlah yang byk dri jumlah kegunaan personal macam D.i.y kerana masa tu BangRomlee ada buat kerja sambilan kerusi meja. Sempat siap sikit shj kerusi meja utk kdai makan kedai Abang Zua, kerja pun terpaksa dihentikan gara2 khemah Kerja BangRomlee roboh akibat hujan Ribut.. huuu... Byk gak peralatan masuk air. 

"Nanti tanya bini dia tu.! Saya x mau nnt kalau mati anak2 x leh ngaji. Jidikan iktibar kita ni.. Saya ni dah lah x pandai ajaq ngji.. setakat baca diri pelan2 ja." 
"Ingat amanat ni.." senyap lagi.. 

Setakat sekarang Along lah yang jadi panduan kepada adik2nya di pantau dekat oleh BangRomlee.

Insyallah.. mungkin ada jalannya..

P/s- Usaha &Ikhtiar jgn pernah putus asa. 
Cerita diari Abah buat tatapan. 
-Ceritaku, kau suka kau baca.πŸ€ͺ

Siap 27Sep20
#jgnmengalah

Tuesday, December 24, 2019

Hiasan dan Kemampuan

Hiasan dan Kemampuan..

Pagi Isnin(Cuti Hujung Tahun)
23Dis19.

Selepas pulang dari kerja sambilan..
"Assalamualaikum.. "
"Abah..!" Anak kecil ini sudah menguasai daya ingatannya.. Kenal suara kenal rupa.. kepetahannya sgt menarik hati si Abah.. Seorang Perempuan, usia yang bakal menghampiri 3tahun pada 2020 nanti menjadi perhatian BangRomlee sekeluarga dengan kepetahan yang spontan bersama intonasi lontaran suara spontan.
"Abah dah balik ke?"
"Ya,lah.. balik."
(Banyak yang nk diceritakan kepada Abah).
(Melayan aduan2 yang dibuat seharian terhadap Abang-abang yang 3 Orang tu.)

Buka kasutπŸ‘žπŸ§¦. Letak tepi pintu..
BangRomlee naik 'syeh' petang Ahad tu.. tergerak untuk check ruangan yang orang lain tempatkan 'Hiasan' kununnya bang Romlee pun cuba letak hiasan. Tp ('BangRomlee') tukar hiasan itu dengan Barang dapur.. bekas-bekas plastik.

Itu sebenarnya dalam pengamatan Bang Romlee tidak menjadi janggal kerana ada juga orang lain yang jadikan hiasan mereka dengan pelbagai barangan pinggan mangkuk, cawan seramik, pasu bunga kecil.

Dah lama benda ini x diusik.. nasihat BangRomlee, janganlah kita  ikut-ikut cara manusia lain.. kita sendiri tahu kemampuan diri.. barangan hiasan bukan murah..  Barang Plastik jadi hiasan. Si Ummi yang beli..
Kemampuan dari segi membeli boleh dipersetujui. Tapi.. ada satu lagi kemampuan yang x semua orang ada. 'Rajin'.. terus terang dinukilkan yang Bang Romlee merupakan seorang manusia yang tiada pakej-pakej yg disebut itu iaitu 'Rajin'. Hias, semua orang boleh.

Jadilah manusia yang tidak menipu diri. Sebab 'menipu diri' merupakan sikap yang tidak baik.. Hati kita perlu dijaga.. Sikap 'menipu diri' sangat tidak baik, Kerana Hati akan rosak.

"(Tu dia habuk..!)" Dengan tidak pikir panjang Semua bekas plastik dikutip letak di bilik air. Hah..! Ummi amik. (Mulut) 'beletiaq'.
"Kalau x mampu jangan letak. Dah lah berteraboq.! Klau dah letak kena lah jaga. Bukan syok letak saja. Maintenance kena ada. Ingat syok ka?? Saya memang tak mampu sebab saya malas.. "
"Bukan seronok pasang hiasan macam ni. Habuk banyak..!"
"Awak rajin letak, napa x buang habuk?".
"Saya x rajin sebab tu saya tak mau letak hiasan."
"Kalau x dak Eika, ikut ati dah lama masuk dalam Kotak ni." Hmm..
Ni rumah Ke3 BangRomlee.. x larat nk hias.😊

Klau letak hiasan mahal2 tapi tidak dijaga, manusia itu sebenarnya miskin. Miskin Hati.



"Haaa.. cuci lah. Sy amik, awak cuci, nanti siap hero-hero akan bagi kat Abah!". "Balik rumah asyik nak tidur.. Banyak tidur lagi malas.. "



Dah siap.! Habuk Setingkat seperti lapisan kuih lapis yang kaler putih merah tu. Hah.. amik mu nak sangat letak tapi x reti buang habuk.. bahaya undang penyakit dari rumah bukan punca luar.. hmmm...

Rupanya dok kalut kemas bagai ni sebab nk letak Dua Hero kat situ sebab diorg nk sunat.. kui..kui..kui..🀭🀭🀭
Hayun. Sorg 5tahun, sorg lagi 6Tahun..!


Malam itu depa kena 'Kerat Totey'..
Doktor sgt Disyorkan.. kaedah Lazer. X putuih pala aih.. sebab Dia sepit dulu kulit depan dengan penyepit klinikal. Bau masa potong macam bulu roma terbakar masa pasang pelita sambut Raya malam 27 tu.. peerrghh...! Reyau mmg x ingat lah..
Angah: Takut nk naik katil. Reyau time cucuk. Rest 10 minit(prosedur). Time nk potong kulit reyau. Kat rumah tidoq teruih.
Alang: cucuk reyau(sakit cucuk). Rest 10minit(prosedur). Time nk potong x reyau sbb x tau bila doktor buat. Kat rumah. Teriak sampai tidoq. Ummi teman sampai lena.😁

Terbaik doktor.!! Terima kasih Klinik Kaseh, Ampang.

Menjadi Pengajaran kepada BangRomlee dan keluarga.

1. Jangan jadi miskin Hati.
2. Hiasan boleh mengundang penyakit(habuk).
3. Penykit boleh datang dari dalam Rumah.
4. Hiasan juga boleh mengeratkan Hubungan Keluarga.
5. BangRomlee malas.
6. Dalam rumah, rupanya BangRomlee kuat 'beletiaq' dari Si Ummi.

p/s- kau rajin, kau baca, tiada bayaran.
Ku tak paksa mu pung..!
Tips: Klau posting ini lalu dlm wall rakan2, than tak suka.. please unfriend..πŸ™πŸ€­

PERSIAPAN-PREPARATION.

PADA KALI INI ADA IDEA MENCURAH...
OOOHHH..

Date siap: 24Dis2019

SINOPSIS: KISAH BangRomlee Ke kedai Welding untuk Repair Gril Rumah. Tiada persiapan.hmmmm... belajar dari kesilapan.

Tajuk: PERSIAPAN-PREPARATION.

Terkadang kita lupa. Terkadang kita rasa sudah lengkap.
Berlaku pada Situasi BangRomlee.. seingat BangRomlee, semua dah ku lakukan.. rupanya ada saja hal-hal sampingan berlaku.. pasti berlaku, mungkin berlaku..

Suatu pagi, BangRomlee siap hendak keluar untuk selesaikan urusan tertangguh.. Almaklumlah situasi bercuti rehat untuk hujung tahun.. Masa ini lah Beliau perlu kejarkan perkara luar waktu kerja yang kiranya perlu dan penting. Sebab di dalam Prinsip Ekonomi Asas pun ada perihal Keperluan dan Kehendak. So, beliau merasakan perlu selesaikan Keperluan dahulu sebelum kehendak.. dengan menggunakan sepenuhnya waktu cuti pada hari itu BangRomlee bersama Si Isteri beliau yang juga kebetulan mengambil satu hari Cuti pada hari itu, bergerak dengan kecepatan Honda ex-5 Pusaka tinggalan 'mulloh' kakak ipar..😒 "Insyaallah motor ni akan Ku jaga demi merindui pemergian beliau." -Kenang BangRomlee seketika.
Ex-5 ni merupakan kenderaan tunggangan utama BangRomlee ketika ini berulang alik Kerja laju nguh.. sehinggakan pada suatu ketika pacuan 4x4 pernah ditinggalkan oleh honda ex-5 kaler itam ni.. ketika itu 4x4 dengan laju memotong, dengan rasa geram terus Beliau mengejar dgn gear 4 tanpa menukar dan berjaya memotong kembali pada kelajuan maksimum, 4x4 di garisan kuning berjaya BangRomlee tinggalkan.. huh..! Bukan Kaleng-kaleng..

"Mana kedai kita nak pi ni.?"
"Mana tau, abang yang bincang dengan kawan hari tu?".
"Mana ada.. kawan tu buat kerja on lepas waktu kerja atau hari minggu saja.."
"Loooorr..  habis tu..?"
"Kita gerak lah kot-kot belah Pinggiran atau Laksamana ada Kedai welding..".

Preparation, perlu kita adakan dalam memastikan kelancaran situasi seperti ini.. huh.. Hal pertama.

Terus jmpa Kedai Welding.
"Bang."
Sempat BangRomlee dongak kejap atas muka pintu bengkel besi, "(alamak ada kalimah Bismillah, kedai muslim dia ni..)". BangRomlee terkesima sat, sebab apa.. sebab.. Bengkel tu betul-betul penjuru selekoh yg sebelah dia ada tunggul pokok lama yg diletak bata blok simen dan ada tokong Hindu.!🀦😨. Jadi kesima tu sepatutnya berlakulah pada BangRomlee dengan fahaman Feqah yang x seberapa ni.. huh..?!. Kebetulan pula tuan bengkel tu gelap macam indi mix Bang**. Kau rasa bagaimana.?
Paras rupa Indi mixs. Janggut sejemput, bengkel betul2 dekat tokong hindu. Kawasan itu majoriti perumahan India sebelahnya bengkel moto india.?
Hmm.. ikut angpa lah. 'Dont judge the book by Each cover.'

Alang-alang dah Panggil 'Bang' tadi.. terus BangRomlee masuk salam.."Allah"(Gaya salam Orang melayu jumpa bakal abang Ipar). ayat soalan..

"Kalau repair 'Gril' rumah brpa bang.? "

"Ya, Rumah kat mana, ?".

"Ni, belakang ni. Kondo yg hujung sekali tu. Blok kaler Kelabu. Raintree".

"Ooo.. sy tau, saya tau.. klau tukar roller atas tu rm120. Tp klau guna roller balut silika mahal ckit ni kena tambah Rm30."

"Baiklah.. buleh-buleh, hari ni buleh buat ka.?".
"Hmm... Boley lah. Dlm setengah jam saya sampai. Saya pernah buat situ dulu..".

"Ok-ok, kami tunggu sana terus lah. Ambil yang roller balut silika tu ya."
"Baik-Baik."

Sampai Kawasan rumah..
"Bos..". Sapa Guard kontrak Nepal.
Baguih depa ni. Jujur kerja. Ingat lagi sebab dulu sembang dan tegur depa ni. Kalau ada makanan lebih budaya kita punya makanan BangRomlee tu selalu juga singgah ke pejabat depa.. pernah dulu BangRomlee bagi Lemang buluh sebatang sebab Rakan BangRomlee kasi lebih jamuan Hari Raya(tak ingat dah bilaπŸ€ͺ).
"Terima kasih Bos, But How to eat?".
"Ooohh.. simple ja. You just cut on the top.. belah-belah cam ni(Depa igt BangRomlee terrer speaking, rupanya hampeh.. gaya macam Clas Tinggi... Heee..).

"Bos mau masuk, register saya.."
Kejap ja dia buka palang. Sebab kalau pernah masuk kawasan Perumahan tu, Sistem dah ada simpanan data. Mudah ja lah.
"Terima kasih guard".
"Syama-syama Boss".
Man nama dia.. BangRomlee masih ingat nama dia. Yang Ketua shift siang kalau seingat BangRomlee nama dia Karna tapi panggilan Karan.πŸ€”

BangRomlee pun parking moto..
Sampai terus naik ke Lobi tempat selalu dia akan luangkan masa bersama Rakan2 kejiranan mereka suatu ketika semasa BangRomlee dan keluarga tinggal disitu.. saling tak tumpah macam kisah Sitkom Tv3 zaman 90an dulu.. 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu'. Ada kedai Runcit, ada kedai Dobi Along dan yang paling Killer sekali Cafe tu. Mamang situ tempat Berkumpul BangRomlee dan rakan2.. setiap hari mereka akan dihadirkan dengan pelbagai kisah, masalah dan hal serta perlukan penyelesaian dari mereka yang ada..
Oohh.. sungguh BangRomlee rindukan rakan2 jiran beliau.. mesra sungguh mereka kerana setiap dari mereka ada kisah tersendiri dari pelbagai lapisan dan latarbelakang. Mereka dihimpunkan dengan takdir Tuhan dipertemukan dalam satu bumbung dan hidup berjiran. Itulah Taman Raintree..πŸ₯° Insyaallah suatu hari nanti mungkinkah BangRomlee kembali ke situ untuk tinggal..πŸ€”

Naik tangga terus jumpa Syauqie.!! Antara jiran yang best. Sebab rakan jiran mereka yang rapat seinggat BangRomlee boleh tubuh 3team bola rasanya..
"Romlee...!".
"Hee.."

"Lama tak jumpa kau.".
"Syauqie Anak jati KL."
Dah biasa kehidupan Bandar. Sembang panjang.. datang Yadi, JL renang.
"Weh.. ang lama x jmpa. Ada training budak ka ari ni.?".
"Cuti sekolah ramai budak x dak".
"Aku ajaq adik Farid ni. 2-3sesi, sebab dia mai sini bercuti..,"

"Oo.... ".

Dekat satu jam juga tunggu..
Hmm..
"Ting tong ting tong..(muzik intro lagu Lagi Syantik nyanyian Siti Badriah).

"Hello.. ha.. kat lift..?, Ok."

Dah sampai.

Bergegas  Ke lift.. tekap kad Lift di pengesan Akses Kad.
 Tak bunyi apa-apa.. hmm..
"Rosak ka ni, dah lama tak guna kot...?".

Hmm...
Terus jadi jiwa kacau. Bukan apa.. dekat Satu Jam lebih BangRomlee bersembang dengan Syauqie, tidak pula terfikir perkara ni.. BangRomlee sebenarnya tidak cerewet atau teliti sangat dalam setiap perkara. Ada ketika memang beliau merupakan perancang yang berwibawa.. dan ada ketika beliau merupakan manusia yang paling teruk dalam perancangan.. sehinggakan perkara yang mudah pun beliau tidak dapat selesaikan dan memerlukan bantuan Si Isteri..

Memang ketika itu. BangRomlee jadi tersentap kerana tukang repair sudah tercegat di depan tetapi tidak boleh naik ke tingkat Rumah mereka sebab tiada akses Kad. Suatu Perbuatan Sia-sia dan tiada Persiapan-preparation.
("Awak yang panggil orang tetapi orang tidak dpat buat kerja. Masa tadi yang awak habiskan adalah sesuatu yang merugikan")
(bebelan Beliau dalam Hati kepada Si Isterinya).  Sekiranya ketika itu BangRomlee dalam dunia yang DiKawal sendiri melalui kehendak Nafsu serakah, mungkin BangRomlee Bertukar menjadi Raksasa Ganas yang akan membaham mangsa dengan sekali telan.. huuaarggh..!


Suatu hal pulalah Si Isteri perlu ke kaunter pengurusan untuk aktifkan Kad.(dalam hati BangRomlee.) ("Biar dia, padan muka.. tadi tak prepair awal-awal..")
 Selang Berapa minit.. datang semula dengan semangat.. fuh. Hidup juga akhirnya kad.. Dengan Bangga BangRomlee masuk Dalam Lift.. letak sekali lagi..
X bunyi..🀦 aduh.. lagi sekali.

BangRomlee dengan Gaya orang Tahan Ayaq Besaq yang kat hujung Punggung sambil muka nak reyau seperti orang Tengah makan nasi Geprek tengah Lapar tergigit Lidah..! Ha.. macam tu lah..
Tahan Berak campor makan gigut Lidah.!
Nk marah ada nak reyau ada.. nak luku orang ada..

Sempat Ketika itu BangRomlee di penjuru lift kotak  jeling Abang Welding. (Geleng kepala dia). Muka dia beriman dengan janggut jemput. Gaya lemah lembut. Orang sabar ni.. Tunggu lagi lah..
Agak lama... Ketika itu BangRomlee gerak jauh dari Lift tersebut ke kawasan menunggu sebelah dinding bertangga. Jauh membawa diri yang Muka perasaan berkecamuk gundah.mungkin hendak tokak orang kiranya BangRomlee ini.. Tp itu lah.. Kehidupan. Terpikir BangRomlee suatu ketika dulu pernah diungkapkan oleh bakal Isteri beliau
Yang jodoh Suami-Isteri salah satu ialah saling melengkapi antara satu sama lain, ada kurang pasangan dipertemukan mempunyai pro-kontra nya tersendiri..
Ooo.. inikah namanya asam garam rumah tangga.. hmmm.. Alhamdulillah mereka kekal bahagia bersama...









"Awak..! Lift dah boleh naik atas.".
"Tak pa lah. Naik lah..".
"Saya tunggu bawah."
(BangRomlee masih kepam mulut. Uiihh.. marah benar BangRomlee.. )
Selang 1jam kiranya.. "Jom dah siap..."
Lega BangRomlee.. Rupanya tidak lengkap lagi persiapan beliau..BangRomlee sebenarnya malu dgn Abang Welder tu..
Salah BangRomlee juga kerana tidak membuat persediaan betul2..

Hari itu BangRomlee belajar lagi dan rekodkan peristiwa itu sebagai suatu catatan dalam kamus hidup untuk tatapan umum. Mungkin berguna sebagai panduan supaya 'Persiapan-preparation' perlu dalam sesuatu tindakan yang bakal dilakukan..

#persiapan

p/s-Juga tiada paksaan untuk kau baca.