Translate

Saturday, October 1, 2022

Dialah.. - (Episod 2).

Selingan Lepas..
🎢🎡(Muzik, Pilih sendiri yg sesuai).🎢

Maka bermula lah. Episod baru bagi Dia di sebuah tempat belajar yang asing dari rumahnya..

New..


Sambil dibelek² dalam beg mencari sesuatu.. Teringat pesan mak Dia. 

"Hang pi nanti belajaq betui². Jangan main².."
"Ya, baik mak."
Dia tahu yang Mak tak sihat bertarung dgn penyakit asma.

"Ni nanti nak daftar abg hang tau dah ka.?"

"Dah, dia hantar nanti."
Puhh.. nek keta iswara Erobek merah.!

Parking masa daftar, Abang Ikut semua lokasi. Naik pejabat sana pi pejabat situ. Amanat Ayah abang Dia ambil.. Setiap lokasi ada senior Sekolah itu untuk guide adik² junior.. 

Tangan masih di beg sambil belek² mencari sesuatu.. 

"Kamu,! Saya bercakap di depan ni. Kamu buat apa tu. Tumpu perhatian kedepan."

Terkejut Dia dengan Suara Cikgu di depan tu. 

Ketika ini semua Pelajar berhimpun di depan Dewan makan. Selesai mendaftar sebelah pagi. Sebelah petang mengikut peraturan Asrama.

Dia ditempatkan Di bilik bawah sekali. Bilik Asrama itu Di panggil Dorm. Dorm Umar Al-Khattab. 
Rupanya, Dorm ni ramai Senior² Otai dalam Asrama. Hmm... punggah, tapi Dia tak tahu lagi..tunggu lepas minggu orentasi nanti..

"Nama apa? 
"err.. Mohd..."(baru mula bicara).

"Junior² minta berhimpun di depan dewan makan lepas asar..terima kasihπŸ””πŸ”Š.." Pengumuman pembesar suara Dari Surau. 

Pintu surau betul² depan Dorm Dia... 

"Nanti ptg ni lah hang bagi nama."
"Ya abang." 
"Ustat, depa panggil ustat.ajk Agama."

"Nama sy Dia."
"Oo.. nnt hang dok katil atas aku ni."
"Ok baik."

Bilik dah dapat...

Bersambung.. 

Next: 
budak asrama.

Wednesday, September 28, 2022

-Dialah, -Episod 1


Selangkah... 🦢


"Kamu semua masuk sini bukan cikgu-cikgu pergi ke rumah jemput seorang-seorang faham!?"

Tersentak dengan lantun suara yang agak tinggi itu. Dia terkedu.

"Tapi kamu semua masuk ke sini atas sebab kamu sendiri yang mohon, minggu ni kamu akan menjalani minggu Suaikenal. Baru sebelah kaki kamu di Sekolah ni."

Aduh.. apa nk jadi ni. Cikgu sini garang² lah. Dia semakin cemas. Di situ tempat asing bagi Dia. 2 tahun Dia kena tempuh sehingga SPM nanti.

"Bila-bila masa saja kamu boleh dibuang sekolah. Jadi ikut arahan dan disiplin sekolah."

Dan lagi... Kata-kata cikgu, merangkap warden yang akan Dia tempuh itu selama 2 tahun mungkin..πŸ€”

"Kamu semua di sini akan ada 2 disiplin. Di sekolah kamu perlu ikut waktu sekolah, selepas tamat waktu sekolah kamu perlu ikut peraturan Asrama."

Huis.. naik seram pula, hari tu macam seronok dapat tawaran sekolah Teknik ni.. bergaya, budak 'smart'. Sekolah Teknik. Tak ramai yang dapat.. kunun. 
Ya. Sekarang baru kau tahu. Langit tinggi ka rendah..

"Jadi, selamat datang Cikgu Ucapkan kepada Kamu semua yang terpilih untuk belajar di sini.

Maka bermula lah. Episod baru bagi Dia di sebuah tempat belajar yang asing dari rumahnya..

Bersambung..

Next..
-Dimanakah bilik Dia
-Bolehkah Dia tempuhi semua itu.. Oh.

Saturday, September 24, 2022

Episod: Baju Merah Hawaii...!

"Uun.. , Assalamualaikum, Uun.." 

"Ha.. Dik, hg cari Uun ka.?"
"Ya, Uun ada dak Mak Ndak."
"Dia pi umah mak dia, mlm ni tidoq rumah mak dia la tu.." Jarak rumah Mak Uun dengan rumah Tok Dia lebih kurang 300m ke 400meter shj, tapi sebab mak sudah berpesan jangan main jauh²..

"Awat Dik, hang nak main dengn dia ka.?"

"Ya Mak Ndak."
"Esok dia balik sini kot."

Zaman 90an. Tiada janji apps Whatsapp atau Direct Messanger untuk tahu lokasi permainan kali ini.

Naluri tetap ada untuk sesuatu tujuan antara mereka. 

"Baik Mak Ndak."

Balik lah Si Juan petang itu. 

Keesokan, 

"Uun, Petang ni kita main kat rumah Tok Hang,"

"Jom, "

Si Juan dengan Uun ni merupakan rakan sepermainan ketika kecil. 

Di kampung Mereka ni, ramai kanak² sebaya yang rapat. 
Antara, Juan, Uun, Siti, wan, Azis, A-aa, Mat Padil, Ajis adik Uun. Ramai lagi.

"Juan, nu Mat Padil bawa lembu Tok dia bagi makan."

"Padil, Lembu hang jinak dak.?"
"Ha la.. jinak lah. Aku jaga dia, tok aku suruh jaga bagi makan petang²."

"Wan, hang pakai baju merah, Ayah aku kata Lembu suka 'ligan'* klau nampak baju merah." Celah Juan lepas nampak Wan mai dari rumah dia seberang parit dekat rumah Tok Mat Padil. 

Petang itu, cuma mereka berlima sahaja yang ada bermain bersama. Uun, Juan, Wan, Siti dan Mat Padil

"Alah, tak dak pa lah. Lembu ni jinak." Jawab Mat Padil. 

Mereka pun bermain dengan lembu Mat Padil petang tu. 

Lompat belakang lembu, tepuk² badan lembu, awang nama lembu tu, lingkungan 1tahun usia. 
Awang pun melayan kerenah budak² tu, budak yang dalam darjah 2,3 dan 4 itu.

Dalam bersuka, si awang pun agak riang melompat² dan dengan tak semena-mena awang naik 'syeh'* sambil berlari itu, dia ternampak Wan dengan jarak 20meter, terus meluru laju.. 

Wan dalam lari² anak dengan Juan, Uun dan Siti bertempiaran lari cari perlindungan, Juan dengan Uun sempat 'rabat'* pokok rambutan dekat depan rumah Siti, Manakala Siti dengan Spontan lari masuk rumah dia, kih kih...

"Wan, lari wan!" 
Tali yang di pegang Mat Padil terus terlepas, 

Wan yang tadi menjadi target Awang Si Lembu Mat Padil, lari pecut tanpa sedar selipar yang dipakai dah terpelanting dengan Gerak perlahan Selipar melepasi kepala Si Awang Lembu Mat Padil. 

"Wan, lari masuk rumah Siti wan.!" Pekik Kak Miza kebetulan Menjengah ikut tingkap kerana Terkejut melihat Adiknya Siti lari masuk rumah tanpa selipar memakai selipar dari luar tadi. 

Juan dengan Uun, dalam keadaan takut campur lucu.. tak sedaq mereka gelak sambil Jerit risau, "Wan lari masuk rumah Siti Wan.!". Hahaha... 
"Lari Wan..! " 
Kesian pun ada, Lucu pun ada.. 
Leleh ayaq mata budak² masa tu.. 

Terus melompat ke dalam rumah Siti, lembu dengan gaya medongak kekanan kekiri dengan muka lembu sambil memanjangkan leher, dia macam mencari target lain.

Mat Padil dengan selamber terus dapatkan tali Si Awang Lembu, sambil melibas tali yang satu itu seperti orang buat senaman 'Batting Roping'. Untuk menenangkan Awang Si Lembu. 

"Haih, awang..! Haih..! "

Lalu diikat pada pokok rambutan yg Uun dan Juan ada diatasnya .. hmm.. kih..kih..kih.. 

"Weh.. kami nak turun cam na.. ?!"
.... 

Bahana Baju merah ala² Hawai yang Wan pakai petang tu mecetus kebenaran fakta yg orang tua² kampung cakapkan. Benar Lembu Marah kalau baju merah..! Kih..kih.. kih..

P/s- Siapa yang melalui cerita-cerita seperti ini mesti merasai nikmat kanak² mereka. kih..kih.. 

- tapi yang Heran Uun sebaya dengan Juan, kenapa Panggilan MakNdak yang Juan sebut utk Tok Uun(MakNdak) sepatutnya TokNdak lah... Hmm.. πŸ€”

Kosakata:
1. Ligan* = Kejar.
2. Rabat* = Panjat.
3. Naik Syeh = Ubah Perangai jadi Garang.

Layan hari minggu mu..kih kih...

Wednesday, September 14, 2022

Sakit Penghapus Dosa

Kisah ini agak sensitif.. kita doakan semoga dipermudahkan segala urusan dan cepat sembuh... Amiinn...

Sakit penghapus dosa...
Demam, x kebah. 

"Sebagai muslim, Saya bertanggungjawab memberitahu..Ubat ni. Bla bla.bla... 
Dan Ubat ni effect dia kpda hati. Macam kanak² kena kuning tu.. "
"Oh baik. "

Hmm.. luah mati emak, telan mati bapak. 
Dalam situasi Darurat kena ambil kira apa yang penting dan mudarat mana yang lebih besar. 

Sengsara menahan Sakit yang tiada tempat dilihat oleh mata kecuali Teropong Ajaib. 
Uh uh uh... 🎡🎢🎡🎢🎡🎢Uh uh uh.. seperti irama drum base setiap kali bersuara. 
Insyaallah.. Semoga sembuh ya. 

p/s- 

"Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan azab bagi mereka." (QS Al-Ahqaf: 35).

Saturday, July 2, 2022

Doss Ubat...

 "Pahit gak...eee..." 




Sedetik tika.. terus teringat situasi pertemuan enam mata. 

Pakar dan Tak pakar. 


"Ada tak gas ka apa² yang doktor boleh bagi, ada time² tertentu saya lemas.."


"Tak ada apa² ubat yang boleh sembuhkan awak." Dengan pantas disambut oleh puan pakar seperti GK menyambut bola jaring dari tengah utk membuat Skor.


"Tapi, kita bagi awak mofin. dengan dos yang tidak tinggi. Ia bukan untuk sembuh tapi mengurangkan."


"Ooh.. baik doktor."


Di sisi lain.. 


"Enam, Kosong, Tujuhh, bilik Enam.."(suara Speaker memanggil pemegang nombor berkenaan).


"Ish.. lapar plak nih. Satu ja lagi nombor aku ni."(Hati BangRomlee berkata² tanpa siapa pun tahu sebab dalam hati memang tidak dapat dilihat).


Selang 30minit, 

"Enam, Kosong, Lapan.. bilik enam." (Nah.. akhirnya sampai juga..)


"N

Tokk.. tokk..!" Bunyi ketuk pintu. 

Klau kuat, mau sakit juga belakang jari ni. 


"Assalamualaikum,.."


"Walaikum salam, ya Encik. Duduk sini."


"Bagaimana sekarang keadaan encik.?". 

"Macam tu lah Doktor."


"Ya.. bla.. bla.. bla.."

"Ya doktor, bla..bla.."...

" Faham, bla.. bla.. "

(Senang buat cerita noh..ekeke..)


🎢🎡🎢Muzik, selingan.. kamera zoom dari bawah lantai, membawa ke atas lampu lepas tu jadi kabur..🎡🎢🎡


"Ok Encik.. kita jmpa lagi pertemuan akan datang.. "


Teringat Kata² sahabat kenalan sy.. yg lebih kurang maksud .. 


"Andai, ku tiada lagi.. tolonglah Jagakan aib ku.. " 😘😘😘


P/s- Tiber.. ayat cam nk pi esok.. piiii. 

Mungkin cara begini, sebuah drama atau novel laris di pasaran.. hee...

Hebatnya sebuah tulisan. Dpt mempengaruhi minda.. ! 


Rilek hangpa semua.. jgn ambil serius sgt.

Friday, November 13, 2020

Anak-anak Abah

Anak2 Abah.

Pagi itu.. 
Kiranya betul lah hari ini pagi sabtu.. Allahuakbar Allahuakbar.. (berkumandang azan dari hp Ummi). Selalu ummi dah 'on' notification dari aplikasi solat dari Playstore dalam handphone oppoA-9-2020 yg dibeli secara ansuran.. biasa lah Abah pun beli juga hp tu. Nk sedondon lah katakan. Pakai upgred talian sekali pakej hp. Punggah.. tanggunglah selama 2tahun.

Teringat lepas latihan smlm. "Abah, esok kejut Along subuh awal ya, Along nk pi taman kayuh basikal." "Okey". 
"Faiq pun sama abah, Nk jogging dgn Mikail". "Okey". 

Selesai subuh. Lewat lah pagi ni.. hmm.. 6.30 baru bangun itu pun lepas brpa kali jam bunyi lepas notification Azan td. Ishh.. Astaghfirullah.. smlm habis latihan diaorg pun dah jam12mlm. 

"Suruh Ahmad Minum air Milo dulu". Pesan abah nada sembang dalam bilik kepada Ummi supaya 'both of' hero tu ambil sarapan dulu sebelum keluar rumah nk berbasikal di taman tasik blkng perumahan tu kununya..hmm.. 
"Ahmad...! Minum dulu". 
"Ya.. "

Begitulah abah, ambil berat dari jauh tanpa menunjukkan secara berdepan.. mungkin itu sikap seorang abah yg memimpin keluarga dari perspektif diri sndiri. 

Sikap ibu, pantau jarak dekat. Si abah secara Menyeluruh. 

Niat abah utk berjogging dengan Baju sauna baru beli dari Lazada. Tp pagi tu cam x jadi pula..ish ish.. 

"Faiq.. x jogging ka pagi ni..?".
"X jadi, Mikail x dak kat rumah.."
Hai anak .. 
"Xpa lah. Faiq buat keja sekolah ja lah kat rumah. " Berat dia sbb x dak kawan nk jogging. Hmmm.. 

Abah kluar juga dari rumah. Start moto. Terus ke warung kak umi tepi pagar. 
"Nescefe ais minum kak umi." 
"Mana BangRomlee pagi ni.?"
"Saja kak, tgk mana hero sorg tu pi kayuh, baru mula kayuh keluar ngan kawan2. Tgk dari jauh.. ni. "

Abah selalu cam tu. Sebelum kluar td... 
"Ahmad. Ambil beg abah jap."
"Ni abah."

Belek2.. ish x cukup lah, ummi amik seringgit dua bg bekal hero tu.. "Nah amik 3ringgit ni". Dalam hati abah ada rasa yg dia mungkin perlu juga kat depan tu nnt. Kalau kawan2 membeli minum ka nasi lemak ka, dia pun mungkin teringin kot. Itu lah abah.. 
Bisik2 ke Ummi.. buat itu buat ini, abah hilang.! Kat luar apa abah buat..? Hmmm... Keselamatan, keselesaan keluarga, keharmonian dan ketenangan perlu seiring.. kekemasan rumah boleh diserahkan ke Penghuni lain lah. (Kena kat dia) ya lah ini hasil tulisan  dia.. cerita dia. Kalau nak cerita yg sedap kau buatlah ayat ikut alur cerita kau.. kehkeh.. 

Selang berapa ketika, muncul anak abah sorang ni dengan basikal dia. "Mana yang lain.?" 
"Tu kat balakang."
"Nak minum, makan tak?"
Geleng kepala tanda x perlukan lagi makan waktu skrng. Mungkin dia x rasa lapar lagi tu. Mungkin juga masih dalam 'mood' kayuh. Tengok belakang Adip dah sampai. Terus 'depa' sambung kayuh hala ke pintu masuk kwsn perumahan mereka. Dalam hati kecil abah, lega dah Ahmad dah selamat tiba dekat pagar rumah tu.. Itu lah Abah. 

Semua anak2 dilayan sama rata tidak berbeza walau sedikit pun.. setiap mereka ada watak sendiri. Satu, dua dan tiga Ahmad. Nama depan sama. Layanan kepada mereka akan sedikit berbeza sbb watak berbeza. Sulong tidak ada kebergantung dan perlu sokongan induk utk jadi pembimbing kepada bawahnya nnt.. 

Itu lah anak2 abah.. 

p/s- jgn ganggu emosi kamu.
- hari ni ada masa ckit menulis.huu.. 

19Sep20.(Untuk anak2 abah).

Ahmad Ke-Tiga

Si Ahmad ke-3. 

Jam 12.30 tgh hri. Lewat lagi ambil sekolah.. ish maaf lah..
"Abah2, Cikgu suruh Ahmad masuk pidato.".. 

"Hah..! Apa kelebihan awak ni.?"
"Napa cikgu pilih Ahmad pidato?."

"Tak tau lah abah."
Kat rumah. 
Whasaap masuk.. 
("Salam puan, anak puan saya nak masukkan dalam senarai peserta pidato wakil tadik kita ni nnt.")

"Abang, cikgu whassap ni.".
"Nah..."
(Dalam hati, geli ngat). (Boleh ka anakku ni..) hee.. 
Ikut lah ummi oiii.. ekekekek..

Dah seminggu latihan utk masuk pertandingan Pidato peringkat KEMAS. Dekat sekolah mmg nmpk ckit menonjol dgn gaya bahasa lentok bercakap dengan Cikgu Fatin tu.. ada budi bahasa di situ. ya kah?  Hmmm... 

Hari ni dah masuk hari ke berapa kah.. Nmpak ada perubahan lah Si Ahmad sorg lagi ni.. ada kelancaran dalm membaca. 

Biasa lah anak oi. Abah dia Dulu masa umoq 6tahun tadika pun x pi. Ekekekek.. membaca jauh sekali lah. Tadika ada buka kat kampung tp x dak org nk hantaq. Arwah mak Abah menoreh getah. Masa tu harga getah 'Ketul' atau orang kampung panggil 'getah Sekerap' baru 5kupang sekilo. Alaa.. tu yg kaler putih tu.. bau dia syahdu ooo.. "Keng...!!!". Sbb tu otak geliga sbb bau dia melekat.ekekekekek.. 

"Hari ni hafal tak pidato?". 
"Belum lagi..". 

"Ish.. nk kena rotan ni.., hafal lagi, Nk masuk pidato kena byk hafal.." gaya Abah marah macam abah hebat sgt berpidato.kui.kui.. 
Eh, bukan biasa2 cek oi.. dulu Beliau pernah masuk kelas Pidato lah dgn tenaga pengajar dari Akademi Nusantara. Satu semester lah bkn seminar sehari dua.. siap belajar gaya bahasa lagi you.. 
Teknik lontaran bahasa, teknik alunan Nada. Wave suara. 

"Kalau tidak kerana bulan, 
Masakan bintang terbit tinggi, 
Kalau tidak kerana saudara saudari sekalian, 
Tidak saya hadir di sini.." 

"Assalamualaikum pembuka bicara..  "

Haaa... Itu muqadimahnya.. yang sama batch ngan Abah tahu lah gaya dia cam na.. 

Ahmad ke3 ni x tau lah cam na.. seusia 6tahun ada level dia sendiri.. tidak lah Abah harapkan cemerlang seperti Eizzat Al Haieyy(6tahun) semasa 2016  lalu. Beliau adalah Kanak2 johan dalam pidato peringkat kebangsan pada tahun itu. 
Pada Si Abah.. 6tahun sudah cukup hebat dengan pencapaian dalam kelancaran membaca.! 

Ingat baru2 ni. Si Ahmad ni gelak mengekek masa baca komik 'Mat Gempak'. Menandakan dia faham apa jalan cerita komik itu. 
Konsep dalam komik ada ruang2 dan kotak2 utk beralih satu babak ke satu babak yang lain.. ada setengah babak tu beralih ke sebelah dan ada babak akan sempit kotaknya dan Kotak panjang.. dan ada juga terus pindah babak ke kotak bawah.. haaa.. kau faham kah apa yg cuba disampaikan ni.. 
Kalau faham bermakna kau pernah baca komik. Kalau x faham tanyalah Ahmad yang ketiga ni.. huuu.. 

"Okay, cakap tengok abah nak dengar ?". 
"Cakap cam ner."

"Ala.. cam cikgu ajar tu.."
"Ok, berdiri kat sini, hadap sebelah sana, kat depan ni ramai Org tengok ni."
"Tak der pun orang.?"
"La.. ini macam ada orang lah."
"Cam ner.?"... 
"Cam ni lah. Ahmad diri kat sini, Kat depan Ahmad ni nnt ada orang lah yang tengok, cikgu ngan kawan nnt.". 

"Ooo..."
"Okey, baca pidato tu.. jap. Seterusnya, mempersilakan Adik Ahmad.. dengan pidatonya Sayangi Malaysia Ku. Dipersilkan."
"Cakap..".

"Assalamualaikum dan Salam sejahtera, yang mulia Tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang berpegang teguh pada paksi keadilan, penjaga detik yang patuh pada waktunya, guru-guru dan hadirin hadirat seterusnya rakan2 sekalian." 
"Apa ehh.. lupa lah.". 

"Nah.. lupa lagi. Cam na nk pidato ni.?".

Hari berikutnya.. 

"Abah hari ni cikgu cakap Ahmad dah ingat,. ".

"Ha cam tu la. Nanti belatih lagi."
"Ok."
Kat rumah, 
"Hari ni jangan main, kalau x boleh hafal jgn main." Tinggi suara ummi. 
Bukan apa. Cikgu bagi peluang tu bermakna cikgu mula beri kepercayaan kepada anak2 muridnya.. mungkin dia nmpk ada potensi kalau diberi peluang tu.. Carry on ja lah.. 

Cuma perlu ingat, kalau nk buat sesuatu tu.. biaq buat betul-betul. Kalau x mau buat jangan buat terus.. sepanjang seminggu dua ni brpa kali dah Ahmad ni kena rotan sbb main2. Haaa.. baru dia tau. Pernah sekali tu, sampai Abah x bagi dia baca terus kertas pidato tu.. sebab dia mengamuk letih.. Biasalah 6tahun bnyak guna emosi nk berlatih pun.. ngantuk lah, letih lah, nak main lah.. hai anak.. terus lah anak oii.. cuma nnt jgn reyau sudah atas pentas.. huuu.. boleh cakap x pa dah kalau x dak gaya pun.. 

Hari Khamis ni tau lah dia. Kaku di pentas kah.. sengeh di pentas kah. Ataupun cakap terus x berhenti.. "hentam sajalah". Kata Pendekar Mustar kepada bujang Bujang Lapok kalau sumbang langkah.. ekekekek... 

Rehat dulu nnt sambung lain.. 

(Selasa malam 22/9.)
(Seminggu selepas hari malaysia).